BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 17, 2010

Cerita.

Dia datang bilik saya pada masa semangat saya hilang. Hilang sehilang hilangnya. Untuk study, untuk bawa usrah, untuk ke mana-mana program tarbiyyah.Saya ventilate semua yang saya rasa pada dia. Entah dia faham entah tidak.

Mata dia melihat pada rak buku, dia ambil buku 101 sirah sahabat, selak-selak, and dia pilih seorang sahabat.
.Mus’ab bin Umair.
Usai habis solat asar, dia cerita semua yang dia tahu tentang mus’ab umair.

Semua pun sedia maklum kisah mus’ab lahir dalam keluarga yang kaya-raya, ditatang emaknya yang sangat sayangkan dia, and once masuk islam, mak dia mogok lapar tapi dia tetap pertahankan keislaman dia, dibuang keluarga dan ditarik semua kekayaan turun-temurun keluarganya, dihantar ke Madinah as duta islam pertama, dan melakukan dakwah islam ke madinah sampaikan takde satu pun pintu yang tidak diketuknya untuk sebarkan kalimah tauhid! dan sebab itu dikatakan, mus'ab juga memainkan peranan besar pada kejayaan hijrah ke Madinah, penerimaan orang madinah semasa hijrah.


Banyak yang dah tahu.
But I just love the last part of her story which brought me into tears.
masa dia dikurniakan syahid.
dia yang dulunya kaya raya, pada masa dia meninggal, cumalah ada sehelai kain untuk tutup jenazahnya.
dan Allah turunkan ayat ini untuk dia,

Surah Al-Ahzab, ayat 23.
"Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara merela ada yang gugur,. Dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan sedikit pun tidak merubah janjinya"

Mus’ab, selepas beberapa kali diuji dan diberi tugasan, telah menepati janjinya dan bertemu Dia yang dia cinta. Jalan saya masih panjaang lagi. Sedang saya sedar filtration yang Dia lakukan tiap saat, saya masih juga lagi dengan rasa malas, ikut mood dan banyak alasan.

***
Kawan saya bercerita tentang seorang pesakit yang dia jumpa di klinik. Lepas withdraw blood patient tu, kawan saya tanya, sakit tak. Dia jawab tak, sebab hati dia jauh lagi sakit.

Cerita sebetulnya dia dimadukan. Kakak ni, 38 year old malay lady, para 6, dimadukan dengan seorang janda beranak 5, diluar pengetahuan dia.

Remuk redam hati dia. Tapi part ni yang buatkan saya terpaku dengar cerita dia;

Dia kata ujian yang Allah bagi untuk dia ni supaya lebih dekat pada Dia. Dia admit, eversince dia dapat tahu dia dimadukan, tikar sejadahlah tempat paling lama dia berteleku, dan Allah jelah yang dengar semua rintihan dia tanpa jemu.

Cerita kawan saya lagi, kakak tu kata,mungkin ni harga ujian yang Allah bagi supaya dia letakkan cinta dia yang paling tinggi tu pada Allah semata. Bukan pada suami. MasyaAllah, tabahnya dia.

***
saya sangat kagum dengan orang yang  diuji dengan Allah, dan dia menemui Allah semula, atau jauh lebih hampir dengan Dia. Beruntungnya mereka.

 Beberapa kisah dapat saya kutip sepanjang jalan setakat ni. cerita pesakit kawan saya ni, cerita seorang murabbiyah yang diuji dengan cancer dan masih teguh dijalan dakwah, yang diuji dengan penceraian tapi masih tetap aktif bergerak dengan dakwah, yang diuji dengan tidak berkahwin, pun masih tetap bersama dalam relung dakwah, ada juga yang diuji dengan sakit kronik pada anaknya, kesempitan hidup, dan lain-lain ujian.


terjumpa blog akh ni. sangat kagum.
 www.masafzal.blogspot.com
pada tiap2 pengalaman & ujian yang Allah berikan buat dia, sangat banyak pengajaran yang boleh dikutip, jadi bekalan untuk diamalkan. 

Life is so unpredictable. We could never predict apa yang berlaku kat depan, apa ujian yang Allah sediakan buat kita, macamana reaksi kita berdepan dengan semua situasi tu. I wonder, if i were in their shoes, will i be as stronger as they are?

***

Allah tidak memberati  seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya.  Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.  (Surah At-Talaq (65) : 7)



Pernah sekali saya berkesempatan ke rumah seorang sahabat. Berkenalan dengan adik-beradiknya, saya hairan kenapa birth spacing antara dia dan saudara kandung atas dia sangat jauh, atas sebab curiosity yang sangat tinggi, so kawan saya ceritakan, emak dia berdepan dengan 5 miscarriages before dapat dia. Bayangkan. Kuat sungguh mak dia. Dan hikmah yang Allah simpankan untuk dia bukan terzahir immediately after dia lahir, tapi saya fikir mungkin lebih kurang waktu saat dia diterima sebagai pelajar perubatan, dan sekarang ni satu kampung berbangga sebab dialah satu-satunya anak yang ambil medicine kat kampung dia. 

Dalam setiap sesuatu ujian yang Allah bentangkan buat kita, Allah tak buat semua tu without reason(s). mesti ada punyalah hikmah disebalik tiap sesuatu tu.

Ibarat satu garisan panjang, ada titik bermula dan ada titik akhirnya. dan pada setiap tindakan yang kita ambil sepanjang berada kat garisan tu, Allah Maha melihat. Masih menepati janji untuk tetap taat, ataupun bosan, deviate, atau gugur?  


 Selalu sangat, dalam banyak situasi bila kita diuji, kita akan tercari-cari, tertunggu-tunggu bilalah ujian ni akan sampai ke penghujungnya, dan manusia yang bersifat tergesa-gesa ni mencari-cari apakah agaknya hikmah yang BESAR yang menanti kita yang Allah sediakan buat kita disebalik ujian tu.  ada juga yang bersangka buruk pada Allah, dan meletakkan question mark yang besar, kenapa aku diuji macamni, kenapa Allah bagi aku ujian ni, etc.


kita selalu bising, sebab kita terhijab dari melihat hikmah yang tersedia buat kita di depan sana dan selalu sangat tak sabar.

***
Maha Hebat Allah tu, Dia berikan kita pengajaran dan teguran, indirectly dari kisah-kisah orang lain. Terasa lenyap terus semua masalah.


"Mereka telah mencalonkan engkau untuk satu urusan penting. Jika engkau sedar harapan itu, jauhilah kamu dari bergelumang dalam perkara yang remeh temeh" - IHAB 


Sesekali meletakkan diri pada kehidupan orang lain, terasa betapa saya belum lagi diuji dengan perkara-perkara besar. and, few years from now, kita akan menoleh ke belakang, dan akan menggeleng-gelengkan kepala, bila mengingat yang banyaknya masalah kita selama ni berkisar pada hal-hal remeh temeh, yang bersangkut paut dengan emosi, atau atas sebab kita sendiri yang wujudkan limitation dan barrier kita sendiri, dan rasa malas untuk terus melaju bergerak dalam gerabak ini.

0 comments: