
Bagaimana rasanya, sekiranya, anda terlibat dengan banyak program kolej, dan gigih berusaha dalam setiap program, atas matlamat untuk mengumpul merit dan dapatkan penempatan dalam kolej… dan bila senarai nama pelajar berserta bilangan meritnya dikeluarkan, bahagian merit untuk kamu yang kamu jangkakan tinggi, jauh lebih rendah. Double check list tersebut, masih sama. Tiga kali semak pun, sama juga . Macamana perasaannya?
Errornya boleh jadi pada banyak tempat. Pada program, pada jawatan yang diambil, pada setiausaha program, pada kertas senarai nama yang anda tulis, pada laporan post-mortem, pada orang yang mengira merit, etc..etc..
Bagaimana pula,
Apabila kita berusaha bersungguh tanpa jemu dengan amalan kebaikan, tapi bila dibentangkan esok, catitan kebaikan menjadi debu berterbangan..tiada. tiada dan tiada!
Ini petikan dari blog ukhti fareha. (boleh klik sini untuk bacaan lanjut)
Seorang lelaki datang kepada 'Ubadah Ibn as-Samit dan berkata...
"Jawab soalan aku ini, apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersolat dengan tujuan semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji, dia bersedekah semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji dan dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?"
Jawab 'Ubadah, "Dia tidak mendapat apa-apa".
Allah berfirman dalam hadith Qudsi,
"Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya dan Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun"
***
Dalam beramal ibadah, tak kisahlah buat apa pun, mari muhasabah semula, apa matlamat sebenar kita dalam berbuat sedemikian? Untuk pujian? Nama? Insentif lain? Pengaruh? ya, untuk apa??
Dalam beramal, Allah bukan sahaja memandang pada proses sebelum atau semasa membuatnya, sejauh manakah niatnya diletakkan kerana Allah. Malah, selepas itupun ianya dinilai. Masih kekalkah niat itu kerana Dia? Atau sudah berubah-ubah?
Pernah dengar cerita tentang Surah An-Nasr?
Surah ini diturunkan betul-betul selepas Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah)
Ini direct translation surah tersebut;
Ayat 1 : Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Ayat 2 : dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
Ayat 3 : maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat
Bayangkan, selama hampir 23 tahun Rasulullah dan para sahabat berjuang, dan inilah harinya bila kemenangan dari Allah itu diisytiharkan datang, dan manusia masuk ke dalam Islam secara beramai-ramai, Allah menurunkan surah ini untuk memelihara dan menyelamatkan Rasulullah dan para sahabat dengan mengajar mereka untuk memuji dan memohon ampun pada-Nya.
Kamu tentu tahu,
Sebelum sampainya ke hari tersebut (fathul Makkah), terlalu banyak peristiwa perit berlaku pada Rasulullah dan para sahabat.
..Pemulauan Bani Hasyim
..Tahun kesedihan
..Ancaman dari seluruh dunia untuk melenyapkan perkembangan Islam di Madinah, dari ..kaum musyrikin, malah dari kaum keluarga sendiri.
..Para syuhada’ yang sangat Nabi saw sayangkan gugur satu persatu di medan perang
..Penentangan dari kaum munafiqin.
(Menaipnya saja sudah terasa serpihan keperitan nabi.Ah, dimana pula kita? terasa sangat malu.)
Dan selepas segala keperitan itu berlalu, dan kemenangan itu datang, Allah pelihara mereka dari rasa riak, dan takabbur.
Boleh saja kemenangan itu mereka (para sahabat) sandarkan pada mereka, yang gigih berusaha memperjuangkan Islam sedari awal mereka mengenal Islam.
Tapi tidak..
Apabila kemenangan itu datang, Fathul Makkah yang mereka idam-idamkan itu berlaku, mereka diingatkan, bahawa Allahlah yang memberi kemenangan itu, dan mereka dianjurkan supaya tunduk memujiNya dan memohon ampun padaNya atas perkara-perkara atau perasaan yang tidak baik selepas kemenangan itu datang.
Kita pula, bagaimana?
Apabila, kita belajar dengan sungguh-sungguh; tidak tidur malam, berbuih mulut menghafal segala fakta dan nota, berdiskusi, berdoa dengan sungguh-sungguh, dan kejayaan itu datang, apa reaksi kita?
Apabila, program atau organisasi yang kita laksanakan berjaya, dan kita menerima pujian menggunung dari pelbagai pihak, apa reaksi kita?
Apabila, tournament sukan yang kita sertai, berlangsung dengan amat sengit, dan kita adalah orang yang paling bertungkus lumus menyelamatkan pasukan, dan Allah takdirkan kemenangan itu berpihak pada kita, bagaimana reaksi kita?
Apabila, orang yang kita santuni dalam medan tarbiyyah ini tersentuh, diberi hidayah olehNya, langsung komited dan menjadi seseorang yang hebat dalam arena dakwah, bagaimana reaksi kita?
Dalam setiap situasi dalam hidup kita yang Dia bentangkan, sejauh mana usaha yang kita curahkan pada peluang yang Dia beri, itu yang akan dinilai.
Hasilnya akan berjaya atau sebaliknya, Dia Maha Tahu. Sedari awal lagi Dia sudah tahu bagaimana outcomenya.
Cuma, apabila dikurniakan kejayaan sebagai hasil usaha kita, atau diberi kemudahan laluan atas situasi yang Dia berikan, bagaimana niat kita, tindak-tanduk kita, perilaku kita selepas itu, yang tentunya masih dibawah pemerhatian Dia.
Masih Ikhlaskah? Niat itu, Masih luruskah?
Atau sebaliknya, berlagak sombong, dan semua kejayaan disandarkan pada dirinya..
” Sesungguhnya aku diberi nikmat ini (kejayaan) hanyalah kerana kepintaranku..”
(Az-Zumar: 36)
Lulus periksa sebab pandai-wa-brilliant, berjaya program sebab kepimpinan-kredibiliti diri, menang tournament sebab tangkas-hebatnya dia bermain, semuanya sebab aku,aku dan aku...
Dua ayat, yang apabila membacanya, cukup membuatkan mata menjadi panas dan berair;
” Katakanlah Muhammad, ” Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya”
(Al-Kahfi : 103-104)
Banyak orang yang telah berpayah-payah untuk beramal, menyangka bahawa ia melakukannya ikhlas kerana Allah swt. Padahal ia telah tertipu, kerana ia tidak memperhatikan perkara-perkara yang merosakkan keikhlasan.
(Petikan Buku Tazkiyatun Nafs-Bab 1: Ikhlas
Ibnu Rajab, Ibnu Qayyim, Imam Al-Ghazali)
***
Above all, kamu lebih tahu apa yang kamu niatkan dalam amal kamu.
Bahkan, Allah itu, Maha Tahu apa yang kamu niatkan, sama ada kamu zahirkan maupun yang tersembunyi.
Allahumma A’inna ’Ala Husni Ibadatik..
(Ya Allah, Bantulah kami untuk beribadah kepadaMu sebaik-baiknya)