BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 12, 2010

Rehlah @ Bukit Cerakah

Tarikh : 10 Februari 2010
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam



menaiki "daie"

..Solat Dhuha..



..Celebrating dalilah's twenty-third..
semoga terus kuat dan tsabat


hand-made sushi..
alhamdulillah, dapat satu ilmu baru..
credit to husna


It's winter!!








Cycling yang memenatkan..
muwasofat tarbiyah-qawiyyul jismi
bagaimana kita?

Recall tafsir surah Al-'Adiyat..

5 ayat pertama bercerita tentang kuda perang,
6 ayat seterusnya bercerita tentang keadaan manusia.
semasa dibentangkan oleh ukhti husna dalam usrah a year back, dikaitkan antara 2 situasi ni.
Kuda, dengan gayanya yang nampak hebat diantara haiwan lain; pada gayanya berlari kencang, pada pukulan kakinya yang memercikkan bunga api, menyerang hingga menerbangkan debu, semuanya nampak hebat. Tapi ia tetap makhluk yang taat dan turut berperang.
Manusia itu pula sombong, digambarkan sebagai makhluk yang ingkar, sedang dia mengakui dan tahu akan keingkarannya. (tapi still, buatt jugakk..)
juga, tentang cintanya pada dunia yang sangat dalam dan berlebih-lebihan.
Dan pada akhir ayat Allah memberitahu, bahawa Dia sangat teliti pada apa yang kita kerjakan.
Apabila ditempelak, dibandingkan dengan seekor kuda- statement bahawa manusia itu suka mengingkari Tuhannya, dan Allah itu Maha Tahu, bahawa manusia itu sedar dan tahu dia sedang ingkar semasa dia berbuat ingkar- dan diingatkan semula bahawa Allah itu Maha teliti pada setiap apa kita berbuat, cukup untuk buat saya cukup sesak.
***
Tadabbur Alam
Buka mata,

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada
Allah. dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya, tetapi kamu
tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun"
(Al-Isra' : 44)
Betapa, seluruh makhluk dimuka bumi ini tunduk menyembah Allah dengan penuh
taat. Dan sekiranya dibandingkan dengan kewujudan sekalian makhluk yang taat;
pada malaikat yang sangat banyak, pada pokok, haiwan dan makhluk yang lain..
kamu akan dapati bahawa sebenarnya makhluk yang ingkar itu adalah kaum minoriti.
walaupun sangat banyak wujud dikalangan manusia. Dan keingkaran manusia itu,
tidak langsung menjejaskan kekuasaan Allah biar sedikit pun!

pandanglah langit,
"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang
mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang ada padanya"
(Al-Anbiya': 32)
..Pada lapisan atmosfera, dan lapisan-lapisan lain yang melindung,Allah
pelihara kita daripada bahaya dentuman metor, radiasi, sinaran berbahaya..
Subhanallah..
Maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

tengok pada daun,

"...Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya..."
(Al-An'am:59)
sedang setiap daun gugur yang banyak-tak terkira dan kita pandang
sepi tu, pun Allah tahu setiap satu in minute detail, yang kecil,
besar, nampak jelas maupun tersembunyi, diseluruh pelusuk dunia, maka
setiap inci gerak geri kita pun apatah lagi. segala-galanya dibawah
pengetahuanNya.
Allah...

Langit, atap yang terpelihara..
..Alhamdulillah..


Daun-daun yang berguguran..
..Astaghfirullah..









"Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untuk-mu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya..." (An-Naml:60)

***

Pada pesan yang ditunjukkan langit,

pada pesan dibawa dari daun yang gugur,

pada pokok yang yang berlainan warna dan saiz, walaupun berada pada altitud yang sama, dikurniakan oksigen yang sama, taburan hujan yang sama,

pada indahnya alam yang Dia ciptakan,

pada ketenangan yang Dia campakkan melalui ciptaanNya,

juga pada ikatan ukhuwwah yang kita dapat rasakan,

serba-serbi mengagumkan...!

Subhanallah..

6 comments:

Anonymous said...

bestnyer rehlah..tercapai juge impian kak seha nak ke sini ye..hehe

Izzanis said...

salam...
huhuhu...

akak seha~

x ajak...

wuwu..

T.T

sob..sob..

SaidahMadihahHashim said...

Umai : Alhamdulillah, seronok sangat. Betul, wish come true. =)

Anis : hee. comel lah awak ni. nanti korang pun boleh organize rehlah jugak, ajak kitorang, okeh?

Selamat study + exam ye adik2. semoga Allah permudahkan, dan berikan yang terbaik. amin.

Anonymous said...

nice trip..excellent writing..selamat maju jaya..

Anonymous said...

erma~hihi

SaidahMadihahHashim said...

erma : komen kamu macam komen daripada cikgu2. =)
thanks. ;)