BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 3, 2009

Tertipu,dan menipu?

+ " adakah kamu bangun malam? "

- "apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya."

+ (mendengus)
"benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)
" Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu."

Saturday, November 7, 2009

Kembali

Jika engkau belum mempunyai ilmu,
hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.”

~ Kembali Pada Tuhan,
Maulana Jalaluddin ar-Rumi

Tuesday, October 27, 2009

Broken

This was something I never wanted,
Letting go of my best friend's hand.
Tears are the words I just can't say,
As she tells me I have to understand.
Late night discussions of everything,
All seem to be coming to an end.
So does counting on each other most.
I'll never find similar best friend.
Struggles just became to hard I guess
Too many words were left unspoken
But too late to try and fix this now,
The best friendship I ever had, broken.

Thursday, October 22, 2009

Salute!

Semua pun maklum, fungsi masjid pada zaman Rasulullah sangat pelbagai..dan tak restricted macam sekarang...

Masjid Jamek Bandar Baru Uda (BBU),Johor Bahru.. boleh lihat secara detail tentangnya disini. Bangunannya biasa saja..macam masjid2 di tempat lain. tapi fungsinya, masyaAllah..proaktif sungguh..

Antara aktiviti dan program pengimarahan yang dilaksanakan:-

  • pelbagai bentuk majlis ilmu seperti kuliah Maghrib dan Subuh, kelas mengaji Muqaddam dan Al-Quran, Kelas Tahfiz Al-Quran, Kelas Seni Khat, Kelas Bahasa Arab, Kelas Tafakuh Wanita, Ceramah Hari-Hari Kebesaran, Membudayakan Al-Quran, Membudayakan As-Sunnah, program Tadarus dan Khatam Al-Quran,etc.

  • Pusat Pengembangan Seni Khat dan Tulisan Jawi yang menawarkan khidmat dan bimbingan untuk mengajar tulisan-tulisan khat dan jawi kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini

  • Mewujudkan program kitar semula dengan hasilnya diserahkan kepada Masjid

  • Bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk mengadakan Bazar Ramadhan sepanjang hari di Bulan Ramadhan

  • Menubuhkan Kelab Warga Emas dengan hasrat untuk menarik seramai mungkin ahli qariah warga emas di Bandar Baru UDA ini supaya dapat dijalankan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh memberi manfaat kepada mereka, hasil kerjasama dengan Pusat Dialisis dan Kesihatan Masjid ini. Di antara program yang giat dijalankan adalah program-program pendidikan dan bimbingan kesihatan bagi warga emas setempat

  • Menubuhkan Kelab Sukarelawan Masjid pada Februari 2007 yang diwujudkan dengan matlamat untuk menarik seramai mungkin ahli qariah untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan oleh Masjid ini. Di antaranya adalah program lawatan dan menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya kepada para pesakit, dan membuat kunjungan ke rumah qariah yang uzur dan sakit
  • Menerbitkan Buletin Al-Bayan yang memiliki sidang redaksinya sendiri dengan kekerapan penerbitan sebanyak tiga bulan sekali. Buletin ini diterbitkan untuk menyebarkan maklumat rancangan dan aktiviti Masjid kepada ahli qariah selain berfungsi sebagai media dakwah kepada masyarakat. Selain penerbitan buletin ini, Masjid ini juga ada menerbitkan kalendar dan taqwim tahunan, kad hari raya dan sebagainya, yang kesemua hasilnya dikembalikan kepada Masjid

  • Aktif mengadakan pelbagai bentuk program belia dan remaja seperti kem motivasi, kursus perkahwinan, ceramah kerjaya, menganjurkan pelbagai kejohanan sukan, aktiviti rehlah remaja dan sebagainya.

  • Sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menganjurkan pelbagai program bimbingan seperti kelas-kelas tiusyen bagi golongan pelajar yang tidak berkemampuan, bengkel teknik menjawab soalan bagi pelajar SPM, solat Hajat bersepadu dan program-program pendidikan lain bagi pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM

  • Aktif mengadakan lawatan kerja ke pelbagai tempat dan negeri dengan tujuan mencari idea dan pendekatan terkini tentang apakah lagi aktiviti-aktiviti lain yang sesuai untuk dilaksanakan di Masjid ini yang berupaya memberi manfaat kepada ahli qariah

  • MJBBU Catering terlibat dalam menyediakan jamuan dan kemudahan peralatan kerusi meja bagi menjayakan majlis perkahwinan untuk masyarakat setempat

  • Dengan kerjasama Pusat Dialisis & Kesihatan Masjid ini dan Persatuan Bantuan Sukarela (Voluntary Aids Detachment), Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Masjid ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 April 2008 dengan nombor pendaftarannya JH (PBS) 132

Di BBU ini, sebenarnya penduduknya terdiri dari pelbagai latarbelakang status kewangan..err,faham ke? so yang kaya tapi bz dan dermawan..menyumbang untuk memastikan kelangsungan aktiviti... dan yang kurang mampu untuk derma wang tapi kaya tenaga,mereka menyumbang tenaga untuk perencanaan dan pelaksanaan program.. Dan yang lain, yang tak terlibat apa2, datang untuk mengimarahkan masjid.. cantik,bukan?

Fungsi masjid bukanlah pada ibadah ritual semata...and honestly ini pertama kali saya nampak fungsi masjid yang sungguh cantik usahanya utk mempelbagaikan fungsi masjid, di zaman saya ni (heh..correct me if I'm wrong..probably banyak je lagi masjid lain yang saya jer taktahu). And last week kalau tak silap, TV3 acknowledge this masjid as masjid contoh kat Malaysia.. mudah2an banyak lagi yang menyusul...

And untuk melihat lebih banyak lagi masjid yang mempelbagaikan fungsinya, dimana letaknya fungsi saya, dan kamu, dan kita semua? hurm...

Monday, October 19, 2009

cakap-cakap manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, anaknya sendiri dibiarkan berjalan kaki, sedangkan ia sendiri naik himar...!!!"

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya, dengan harapan supaya mereka diam. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai. Sungguh bodoh mereka berdua"

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Wednesday, October 7, 2009

waktu surut..




Kapankah akan sempurna suatu bangunan

Jika engkau membangunnya dan orang lain menghancurkannya

Bila ada seribu daya yang membangun

Cukuplah dihancurkan oleh suatu penghancur

Bagaimana halnya jika satu orang yang membangun

Sedangkan dibelakangnya ada seribu orang penghancur
---


Ibnu Qayyim rahimahullah berkata,

"Saat-saat futur bagi seorang yang beramal adalah hal wajar yang harus terjadi. Seseorang yang masa futurnya lebih membawa kearah muraqobah ( pengawasan oleh Allah) dan pembenahan langkah, selama ia tidak keluar dari amal-amal fardhu, dan tidak melaksanakan sesuatu yang diharamkan Allah, diharapkan ketika pulih ia akan berada dalam kondisi yang lebih baik dari keadaan sebelumnya. Sekalipun sebenarnya, ibadah yang disukai Allah adalah yang dilakukan secara rutin oleh seorang hamba tanpa terputus" (Madarij As-Salikin, 3/126)


---

petikan buku "Waspada Terhadap Futur"

Jasim bin Muhammad bin Muhalhil bin Al-Yaasin


thabbit qulubana 'ala deenik, wa 'ala tho'atik,ya Rabb..

Monday, August 24, 2009

Pena telah diangkat, dan lembaran pun telah kering.

Dari Abi Abdullah Bin Abbas r.a, katanya:
Pada suatu hari aku berada dibelakang Nabi s.a.w, lalu Baginda bersabda;

"Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkara. Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya dihadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka pintalah pada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Seandainya seluruh umat manusia ini berkumpul untuk memberi manfaat engkau, pastilah mereka tidak akan mampu kecuali ianya telah ditulis oleh Allah keatas kamu. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk memberi ancaman/bahaya kepada engkau, pastilah mereka tidakkan mampu kecuali ianya telah tertulis oleh Allah keatas engkau. Pena telah diangkat, dan lembaran telah kering."

(H.R Tarmidzi dan katanya hadith ini hasan sohih)

-Hadith ke-19 dari kitab Hadith 40

Friday, August 21, 2009

Gaza.dan Zirwatu Sanam Deen ini.

Copy & paste. dari blog ukhti Sniperrabb. (Jazakillah atas perkongsian yang bermanfaat)


Jika Palestin adalah sebab utama untuk Umat Islam bangkit dan bersatu, maka ketahuilah bahawa alarm itu sudah lama berbunyi.

Jika Palestin itu indikator untuk Umat Islam bangun menyusun dan memperkemas saff ketahuilah ia sudah lama menyala. Berkelip-kelip menanti Umat Islam membuka mata dari lena.

Palestin dicipta supaya Umat Islam tidak lupa satu cabang dari sekian banyak kewajiban yang termaktub dalam Islam, iaitu zirwatu sanam deen itu. Kewajiban JIHAD. Bukankah siapa yang mengusai Palestin, maka dia yang menguasai dunia?
..
Now it brings us to the point that, what is it actually means by ‘menguasai dunia’? (wek… ku spiking ke td?). Adakah semata-mata dimaksudkan sebagai menguasai politik? Perlaksanaan undang-undang Islam? (dah masuk isu negara Islam, ku rasa boleh bincang lain masa k0t)

Ok, sambung balik.

Banyak interpretasi krisis Palestin yang kutemui. Bermacam ragam. Suara mereka berdengung-dengung di udara. Ada yang mahu mencari jalan jauh. Pusing keliling macam jalan Kangkar Pulai – Gunung Pulai yang ada sekarang. Jauh, padahal ia dekat. Terang dihadapan mata.

Ada yang mahu jalan terus tembus, seolah-olah kembali ke zaman tanpa kereta, tanpa jalan raya. Berkuda mungkin. Meredah segala yang ada. Gerai cendol ditepi jalan, kilang proses ayam, ladang sawit jutawan cina, kebun pisang, kolam air PUB, ladang nenas, kem tentera di kaki gunung sebelum sampai ke Gunung Pulai. Langgar, langgar, langgar.
Ada yang kumpul duit nak buat jalan baru, setelah aduan ke JKR tidak diendahkan. Jalan baru yang dirangka mungkin akan pergi straight ke Gunung Pulai. Mungkin juga tidak. Sebab belum bermula.
Ada yang aneh gagal membezakan timur dan barat kemudian amek jalan ke JB.

Aku sendiri? Sedang merangka-rangka. Mencongak-congak. Teori dan Praktikalnya. Harap-harap aku tak keciciran.
Apapun, aku pelik kenapa dengung hanya dengung saja. Drum sepi x berbunyi. Padahal kita dalam saff sedang marching.

Perlu ada ice breaker lagi kot. Macam 911. Ha ha.. (ketawa volunteer)

Nah, dengar lagu ni. Dawud Wharnsby Ali.

Why Are The Drum So Silent
All the sounds that surround us,
All the noises that dumbfound us,
The clatter and the clammer of the clutter in our lives.
Cars and streets make silence shatter,
Idle minds fill up with idle chatter,
If we fill our void,
that’s all that matters.

Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

We digitise the revelation,
Does our rehearsed recitation,
Go any deeper than our throats?
Our calls to prayer seem to rise up to the sky,
Conferences and lectures,
seminars for you and I,
The words that blow away with a nasheed that make us cry.

Yet……. Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

And if we could just be brave enough,
To be each other mere,
We may finally recognise,
The face of conscience that we fear.
And if we can take the time,
To mute the noise we’ve built around ourselves,
The rhythm of the heartbeat,
And the purpose may be clear.

If we beat the drum,
(Whisper of peace),
Beat the drum,
(Moving through the land)
Beat the drum.

If we beat the drum of hope and faith,
We will all fall into rhythm.
I have faith in you and I.
If we beat the drum of hope and faith,
Then we will feel the rhythm,
From our footsteps and our striving,
Marching to the garden as we try.
Marching to the garden as we die.

***
Dititipkan disini beberapa keratan ayat dari surat Dr Khalil Ismail al-Yahya mewakili HAMAS di Palestin, diterjemahkan oleh Ustaz Maszlee Malik (aktivis Palestin di Malaysia) atas permintaan Dr. Khalil.
"Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin
supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.
Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, harta, nyawa, anak0anak kami
supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh
Allah mewakili umat Islam seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada
Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan masjid suci ketiga. Kami juga dipilih
oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan
berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan
peperangan, selama itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan
diperangi.

Mengapa?

Hanya kerana kami mengucapkan kalimah La Ilaha Ilallah
dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."
"Buat Umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak menyedarkan, maka siapa lagi yang akan menyedarinya?"
"Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudar seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi rejim Zionis.
Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Diamanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya punya dua pilihan; tunduk kepada tekanan AS & EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat, atau terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan.

Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus-terusan berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama 6 bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?

Perut mereka kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"

"Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap antara kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid, manakala saudara sekalian terus membisu dan menyaksikan sahaja, nantikan Hari Pemabalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Kami berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupai kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan syahid. Berdoalah jua agar kita dapat bersama-sama solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar, dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di muka bumi ini. Allahu Akbar!

-Khalil Ismail al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,

14 Mei 2006



\/ Free Palestine .. [ Free Gazza ] .. \/


***
Sabda Nabi s.a.w;
"Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya” (Maksud hadith)

Allahummaj'alna min aqnaafi baitul maqdis
Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan yang aqnaaf

***

21 Ogos ..Rememberance of Al-Quds day..
We remember u everyday in our prayers, Palestinian!

Wednesday, July 29, 2009

Menolong dengan cegah.

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah, ia berkata: Dua orang pemuda, yang satu dari golongan Muhajirin dan yang lain dari kaum Ansar, saling berbaku-hantam. Seorang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin! Dan seorang dari Ansar juga berteriak: Wahai orang-orang Ansar! Kemudian keluarlah Rasulullah s.a.w dan berkata: Ada apa ini? Kenapa harus berteriak dengan seruan jahiliah? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah! Kecuali ada dua pemuda yang berkelahi sehingga seorang dari keduanya memukul tengkuk yang lain. Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau demikian, tidak apa-apa! Tapi hendaklah seseorang itu menolong saudaranya yang lain baik yang zalim maupun yang dizalimi. Kalau ia berbuat kezaliman hendaklah dicegah karena begitulah cara memberikan pertolongan kepadanya dan apabila dizalimi maka hendaklah ia membelanya. (HR Bukhari-Muslim)
****
niat itu..kalaulah mudah untuk diserap kehati-hati manusia...
****
"Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan keatas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan keatas kami apa yang tidak sanggup untuk kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka, bantulah kami terhadap orang2 yang kafir." ( 2: 286)

Sunday, June 28, 2009

Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit

"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi" (Al-Mu'minun 23:62)

" Tak selesalah solat kat sini...bersih ke wad ni??? ni telekung pun xbawak.surau kat tingkat bawah plak tu..tak sihat camnih,susahlaaaa nak gerak2..nanti jerlah saya qadha' bila dah sihat.."


"Dengan saluran tiub (catheter bladder drainage (CBD)) ni..macamana nak solat? sah ke solat makcik nanti? makcik tak yakinlah nak solat macam ni.."


"kaki pakcik ni dah kena simen,nak..macamanalaaa pakcik nak solat..kan darurat nih kiranya..pakcik qadha jelah nanti..."

Antara jawapan2 yang diberikan kebanyakan pesakit,bila ditanya tentang solat.Nampak seolah2 diambil remeh,kan? itu baru sedikit. banyak lagi kondisi2 lain yang patut kita lihat sebelum mengajak pesakit2 untuk solat. Bila sakit, banyak perkara yang boleh menjadi kekangan untuk mereka tunaikan kewajipan ni. kat situlah nanti datangnya istilah 'darurat'..n kita kena fahami keadaan ni, sebelum dengan ringannya mulut menasihati mereka-SOLAT ITU WAJIB


Macamana kalau seorang yang terkena stroke dan slurred speech-nya tuh mengganggu sebutan bacaan fatihahnya?

Macamana pula pesakit yang mahu solat bila ada stoma bag yang diattach di perut pesakit?

Air ketuban pecah, dan dah masuk bilik bersalin dah..dan sakit perut akibat contraction bertambah-tambah....masih perlu solat ke?

Dan sebenarnya, sangat ramai dikalangan pesakit yang tak tahu untuk solat dengan rukhsah (keringanan) yang dibenarkan semasa mereka sakit, lemah, tak larat untuk bangun,etc.. atas faktor kurang ilmu, ataupun kurang yakin untuk laksanakan,sebab tak ramai yang berbuat demikian, ataupun atas sebab2 lain..hurmm..

Kalau ikutkan experience sendiri, kebanyakan pesakit bila ditanya tentang solat dan diajar tentang rukhsah solat,solusi yang diberi kemudiannya senang-di hospital, xperlu solat. Kumpul je bilangan solat yang dah ditinggalkan, and qadha' semua bila sudah sihat semula.

huh..laratkah?

Dan seterusnya mereka akan bercerita yang mereka adalah ahli masjid, selalu qiam, selalu solat2 sunat...untuk meyakinkan kita yang mereka mampu qadha' solat yang ditinggalkan sepanjang di hospital..

tapi..wujudkah sebenarnya qadha solat utk situasi macam tu?

------------------------------
Dari sudut yang lain, ada juga patient yang amat-sangat-ingin untuk solat, tapi tak tahu macamana untuk solat, ataupun tak yakin untuk solat..sebab tak tahu wujudnya rukhsah (keringanan) untuk situasi mereka.

Pernah sekali berjumpa seorang nenek ni, urine bagnya sangat merah, (membayangkan berlaku pendarahan di saluran kencing...huh mesti sangat sakit)..tapi semasa clerking, yang merisaukan dia bukannya tahap mana keseriusan sakitnya, tapi macamana untuk dia solat di hospital, dengan kekangan2 yang ada (telekung yang terlupa bawak,baju yang pendek--> xtutup aurat,plus CBD). Yang dapat ditolong waktu tu cumalah pinjamkan tudung labuh milik seorang kawan, n minta makcik tuh solat diatas katil tuh juga,menghadap ke kiblat...cuma sebelum tuh dah diminta supaya CBD nya diclearkan,dan makcik tu sendiri boleh bergerak mengambil wudhu' nya sendiri. (dia sangat bersemangat utk solat,kan?)
Dia penuh dgn senyuman.


Dan hari tu adalah hari yang paling bahagia.

Cerita dari seorang sahabat pula, time dia ajarkan seorang pakcik nih tentang rukhsah solat pesakit, pakcik tuh berterima kaaaaaaasihh banyak2.. "sepanjang pakcik kat hospital ni,anak sorang jelah yang bagitahu pakcik macamana nak solat kat sini..sebelum ni takde sape pun ajar pakcik solat..pakcik tak solat pun selama nih kat sini.."

see? Betapa beratnya tanggungan kita..

--------------------------
Tegas Nabi saw;
" Barangsiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka" (Hadith Riwayat al-Baihaqi)

untuk menjadi umat yang peduli, maka mestilah bermula dengan ilmu..dan seterusnya diamalkan..

Alhamdulillah, bengkel latihan solat ketika sakit telah berjaya dilaksanakan...dan insyaAllah, bengkel kedua dijangka akan diadakan di pertengahan bulan julai.Semoga Allah permudahkan.




# HOPI- history of presenting illness ( salah satu komponen yang ditanya kepada pesakit semasa clerking case)

Sunday, June 7, 2009

"It's not like a cheesecake,but it's like rice..."

template yang dibuat akh dhany tentang usrah.



Video kat bawah ni,
Made by sisters kat russia..
berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan video Bulan Amali Muslim 2009, volgograd state medical university,russia.


jazakillah fareha,for the recommendation...




.Tentang usrah.
Nice2!!

Saturday, June 6, 2009

Ibrah dari posting paediatrik




Situasi 1
Bayangkan, dalam tempoh mengandung, seorang ibu diuji dengan maternal infection,air ketuban pecah awal, dan bayi lahir pra-matang dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan jangkitan.


Situasi 2
Boleh jadi seorang Ibu diuji dengan Preganancy induced hypertension (darah tinggi ketika mengandung) tanpa masalah lain tatkala mengandung, tetapi when she is in active phase of labour (tahap untuk bersalin), berlaku peningkatan mendadak pada tekanan darah, and CTG noted there is fetal distress. EMLSCS was done, Baby resuscitated and baby's APGAR SCORE sangatlah rendah. bayinya terdedah kepada beberapa komplikasi selepas itu.


Situasi 3
Mungkin juga Ibu yang mengandung tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang kandungannya. Boleh jadi ibu tiada penyakit atau unnoticed of any penyakit sebelum atau semasa mengandung. Bayi lahir secara normal, tanpa sebarang komplikasi. Ketika bayi lahir, cord blood was taken and serum TSH (salah satu indikasi untuk masalah hypo/hyperthyroid) was found to be low (probably hypothyroid). Congenital hypothyroid occur, boleh jadi disebabkan sama ada investigation result tadi was neglected by health personnel, atau disebabkan oleh parents yang kurang alert pada their child’s compliance towards medication.
And congenital hypothyroid adalah salah satu penyebab kepada global developmental delay. And that affects that child’s development throughout his/her life.

Situasi 4
Seorang ibu tidak diuji dengan apa2 masalah ketika mengandung ,semasa atau selepas bersalin. Proses pembesaran anaknya dijaga rapi ibarat menatang minyak yang sangat-sangat penuh. Tapi dalam tempoh awal tumbersaran anaknya, berlaku trauma/accident pada anaknya dan anaknya diuji dengan cerebral palsy akibat dari peristiwa tersebut.
----


Sekadar memetik hanya beberapa situasi dari kebanyakan contoh situasi lain (yang tersangatlah banyak)..

Sedarkah kalian, at any point of our life, (either antepartum/intrapartum/postpartum—dari dalam tempoh dalam perut ibu,semasa dalam proses kelahiran,ataupun selepas lahir), Allah boleh menguji kita dengan apa juga bentuk ujian (fokus sini berkaitan penyakit). Kerana sungguh-sungguh,Dia SANGAT-sangat mampu!
Boleh jadi, sesuatu penyakit tu boleh dapat semasa dalam kandungan lagi, ataupun…mungkin semasa kandungan langsung tiada masalah, tapi berlaku poor delivery (semasa kelahiran) yang menyebabkan komplikasi..ataupun, mungkin penyakit boleh terjadi/dikesan hanya selepas kelahiran..ataupun,setelah umur smakin meningkat.. nampak kan..at any point, boleh jadi apa sahaja 'error'…


And above all penyakit yang pernah dijumpa di wad, tiada yang lebih mengharukan bila melihat anak2 yang diuji dengan Cerebral palsy.



---

Alhamdulillah..
walhamdulillah…

Sehingga ke tahap sebesar ini (mengikut ukuran usia), kebanyakan antara kita tidak diuji dengan ujian sedemikian rupa. Mungkin bahagian ujian untuk kita Allah hadirkan dalam bentuk berbeza-beza..sesuai dengan kemampuan kita, dengan sifat Al-‘Adl dan sifat Al-Hakeem Nya..
Boleh jadi juga kita belum diuji dengan ujian penyakit yang kita tak tahu bila tiba masanya..Maka memang patut sangatlah Nabi saw ingatkan kita supaya sentiasa beringat-ingat, tentang 5 perkara sebelum datang 5 yang lain.
Dan diperingatkan lebih kepada diri sendiri, dan yang lain2,
Pertingkatkanlah ibadah ..
laksanakan semampu boleh segala perintah Allah..
hindarkan semampu boleh segala laranganNya..

Sebelum tiba masanya,apabila datang ujian tersebut, segala kemudahan yang kita nikmati sekarang ditarik, dan untuk beribadah lebih terasa lebih rumit (heh,walaupun itu sepatutnya bukan alasan utk xberibadat—tapi memang rumitlah..cakap senanglah,sebab tak pernah alami—tapi memang tak boleh jadikan itu alasan pun kan?huh..-tapi..tapi..dan tapi...haish..manusia nih mmg banyak alasannya...!)

---


Melihatkan satu persatu parents yang duduk di wad, datang ke klinik dengan semangat yang kuat serta kesungguhan yang tinggi untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka (semoga Allah berikan mereka kekuatan) yang diuji dengan pelbagai jenis penyakit,
makes me realized, hebatnya penciptaan Allah atas hambaNya yang diberi amanah menjawat jawatan ayah dan ibu. And kita ni should be thankful kerana Allah kurniakan 2 insan-paling baik, wujud dalam hidup kita --our parents coz melalui mereka kita dapat merasa, few percent(kuantiti yang sangatlah kecil) daripada keluasan kasih sayang dariNya. Setiap kali bila datangnya sakit..kerisauan mereka-dahi mereka paling banyak berkerut, tidur tak cukup, makan kita yang diutamakan, berusaha dapatkan rawatan terbaik-boleh jadi ke private specialist eventhough simpanan di bank tak membenarkan..boleh jadi mereka merayu kat TV,bekerja lebih masa untuk gain money,etc..etc..MasyaAllah..(semoga Allah ganjari mereka kebaikan yang banyak)..huh,itu baru tentang sakit..terlalu banyak sangat kebaikan yang kita terima dari ibubapa, yang sebenarnya adalah percikan sifat Ar-RahimNya which sometimes kita pejamkan..or take it for granted...alah,dah tanggungjawab mereka,katanya...hurmmm..

Dalam surah Luqman :14, Allah menyebut,
”Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu, dan kepada kedua org tuamu. Hanya kepadaKu kamu dikembalikan”

Dan atas segala kesusahan dan kebaikan mereka,maka Allah ajari kita berdoa untuk mereka dengan doa,
” Ya Tuhan ku, Sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu aku masih kecil .." (17:24)




---

Sikap seorang muslim yang benar, hendaklah dia selalu melihat orang di bawahnya dalam masalah harta dan dunia.
Suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyampaikan nasehat kepada Abu Dzar. Abu Dzar berkata,
“Kekasihku yakni Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintah tujuh perkara padaku, (di antaranya): [1] Beliau memerintahkanku agar mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, [2] beliau memerintahkanku agar melihat orang yang berada di bawahku (dalam masalah harta dan dunia), juga supaya aku tidak memperhatikan orang yang berada di atasku. ...” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Bersyukurlah…

Tak kira siapa pun kita hari ini, apa pun juga kesusahan kita, mesti ada orang lain dibawah kita yang kita patut realize yang kita jauh lebih beruntung dari mereka. Tak perlu jadi seorang yang hebat dari segi fizikal,pangkat,harta mewah yang berlebih-lebihan...kamu patut beruntung sebab kamu belum/tak diuji dengan penyakit yang severe seperti setengah yang lain. And if mereka yang diuji pula, patut bersyukur kerana meskipun diuji dengan penyakit2, Allah masih kurniakan ‘2 malaikat’ untuk memberi perhatian yang lebih,menjaga,memberi support, and berusaha untuk kesihatan kalian. And kalau tiada pun, masih patut lagi bersyukur, kerana kalian bukanlah mangsa buangan semasa kalian kecil yang dijumpai di stesen LRT,kawasan semak-samun, ataupun dalam tong sampah! and if pernah menjadi mangsa buangan ibubapa pun, mesti juga bersyukur sebab kalian masih diberi peluang untuk merasa nikmat dunia, bukannya diflush di toilet bowl,dibunuh dengan sekejam2nya.

***


Andai kita menjadi seorang yang lebih prihatin, kita boleh merasa, pada setiap masa yang bergerak, wujud tiupan kasih-sayang Allah pada kita..


mesti ada..pasti ada..


cuma kita perasan atau tidak...


hargai atau tidak...




-----

Maka apabila ditanya betubi-tubi-berulang kali dalam surah ar-Rahman,
“Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?”


.....

............

................................


memang takkan jumpa pun jawapannya.

-----------------------------------------------------------------------------

”Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (Ali-Imran:191)

Monday, May 18, 2009

Dari kite untuk kalian.

Sahabat,
Kita hari ini,
Berbeza dari kita yang sebelumnya.

Kita hari ini,
sebagai penyambung misi mereka yang sebelum kita dan terdahulu,
Berusaha merangkak-bertatih-berjalan,
Supaya mampu berdikari seperti mereka.

Kini tiba pula giliran kita,
Untuk merasai perit-jerih mereka sebelum kita.
Memberi yang terbaik pada mereka dibawah kita,
Sepertimana kita merasainya daripada mereka..

Sahabat,
Semoga ditetapkan hati-hati kita untuk tetap dilandasan ini,
Diperteguhkan hati-hati kita untuk mendepani pelbagai cabaran dan ujian,
Dipersatukan hati-hati kita dengan ukhuwwah yang lebih utuh ikatannya..
Amin ya Rabb.

Semoga Allah kuatkan hati kita untuk berubah kpd yang lebih baik,
Sebelum kita mengajak kepada kebaikan.
Semoga Allah campakkan rasa takut dalam hati kita untuk membuat kemungkaran,
Sebelum kita mencegah kepada kejahatan.
Dan semoga Allah kurniakan kita rasa kemanisan cinta padaNya,
Melebihi dari cinta lain dan cinta yang ntah hape-hape..
(cinta harta,cinta pangkat,...,...,...etc)


Baiki diri,dan serulah pada yang lain- Hassan Al Banna..

Sahabat,
Genggamlah baja2 kebaikan,
Dan sebarkan ia dimana saja semampunya,
Semoga mereka merasai kemanisannya.

Teruskan usaha..
Meskipun masih samar-samar hasilnya,
Sekurang2nya kita tahu kita berjaya di medan usaha..

Sahabat,
Kalian pun tahu,
Jalan ini..
Ada atau tidaknya kita didalamnya,
Ia akan terus melaju bergerak...
...(Al-Maidah:54)

Sahabat,
Penat lelah kalian,
Pengorbanan kalian,
Usaha keras kalian untuk mencapai dua-misi-dalam-satu-masa,
Moga Allah balasnya dengan sebanyak-banyak kebaikan.

Semoga apabila kalian bangkit esok hari,
Dan hari-hari yang kalian lalui seterusnya,
Dunia dan segala isinya tersenyum melihat kalian...
RedhoNya dan CintaNya mengiringi setiap gerak-geri kalian..



Tuhan,ajari kami untuk istiqomah dalam keikhlasan..

Moga terus thabat semuanya..
Amin.amin.amin...

Uhibbukum..FiLLAH








Saturday, May 2, 2009

.nadamurni-hijjaz.

salam alaykum.

-seruan jihad-










Seruan Jihad - Nadamurni

-------------------------------------------------------------------------------

Seruan jihad telah lama memanggilmu
Lebih 1400 tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara Qudus
Melalui lidah Sayyidul Mursalin.

Suara itu masih terdengar lagi
Di waktu kini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar.

Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk pembasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudi yang memusnah.

Agar Tuhan dibesarkan dan disembah
Aagar bumi Tuhan putih bersih
Dari noda dan darah.

Ayuh!
Sambutlah seruan ini
Jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu percuma

---------------------------------------------------------------------------------










Seruan Jihad - Hijjaz


------------------------------------------------------------------------------------------


this two songs-sama lirik,lain rentak lagu. my dad wud prefer versi nadamurni, semangat nyanyian mereka lain,kata ayah.but i prefer hijjaz punya version. sebab lagu dengar lebih sedap. whatever it is, in terms of lirik,tak jauh berubah. cuma lain pada perkataan "dengar" and "sedar" jer.tetap tak lari maksud yang mereka mahu sampaikan..

Friday, February 27, 2009

seorang muslim.dengan pokok kurma.

deqcha: salam
deqcha: nk bg teka teki

teenz_alive: wassalam
teenz_alive: ye
teenz_alive: sila2..
teenz_alive: jgn yang payah2 ye
teenz_alive: heheh

deqcha: banyak2 pokok ape yg daun nye x gugur
deqcha: pokok tu same dgn mukmin

teenz_alive: pokok kurma..yeke?
teenz_alive: heh...
teenz_alive: kita pun tak pernah jumpa pokok nya
teenz_alive: hee

deqcha: pokok kurma xde daun eh?

teenz_alive: heheh..mungkin..
teenz_alive: kan bagitahu tadi..xpernah jumpa pokoknya...
teenz_alive: heheh
teenz_alive: deqcha..jwpnnya???

deqcha: hehehe...kite pn x tau
deqcha: tu yg tanye ni

teenz_alive: hey...mana boleh bagi teka-teki yang tak tahu jawapannya...

deqcha: ni antara2 jawapan yg kite ade ye
deqcha: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang meneka yang ia pokoko di wadhi. Berkata Abdullah: “Lalu terdetik di dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasululloh beritahulah kami pohon apa itu?” Lalu baginda menjawab: Ia adalah pohon kurma”.

teenz_alive: apa kaitannya kurma dgn seorang muslim ya?

deqcha: daun poko kurma kan mcm daun pokok kelapa
deqcha: die x jatuh satu2 mcm
deqcha: pokok2 yg lain

teenz_alive: teruskan...
teenz_alive: masih xfaham..

deqcha: so mukmin diibaratkn mcm ni
deqcha: ramai... bila jatuh semua akan jatuh
deqcha: dgn ada nye dugaan yg kuat

teenz_alive: satu jatuh,semua akan jatuh?
teenz_alive: sama ke dengan perumpamaan dalam kapal tu?
teenz_alive: pernah dengar?
teenz_alive: even sekapal,if sorang bocorkan
teenz_alive: semua akan tenggelam

deqcha: haa...mcm tu la
deqcha: same2
deqcha: org mukmin = pokok kurma

teenz_alive: mana dapat teka-teki ni?
teenz_alive: heh..tadi kata tak tahu jawapannya...

deqcha: dr pembacaan

teenz_alive:erm..
teenz_alive: kjap..
teenz_alive: hadith tadi tu...
teenz_alive: perawinya siapa ye?

deqcha: Hadits ini diriwayatkan oleh imam al-Bukhori di dalam shohihnya kitab Al Ilmu, bab Qaulul Muhadits Hadatsanaa no. 61 (1/145-Fathul Bariy) dan Muslim dalam shohihnya kitab Sifatul Munafiqin bab Mitslul mukmin matsalun Nakhlah no. 7029 (17/151- Syarah Nawawiy)
-----------------------------------------------------------------------------
mohon komen ye..ukht merpatihijau,sniperrab,icah,iman muslihah,dan lain2..penjelasan yang lebih panjang mungkin.sila2..kongsi ilmu.. (senyum berharap)

Sirah junjungan-Tahajjud cinta..








Monday, February 23, 2009

Terima kasih kakak2...

"Adik2, gudluck utk exam. Moga dicekalkan hati, tekadkan iman,
perkukuhkan iman kita untuk terus berjihad. Dalam situasi ini, kita juga dikira
berjihad dalam aspek ilmu. Moga2 usaha ini dipandang oleh Allah s.w.t. sebagai
zarah2 kebaikan dan tangga2 kecil menuju ustaziatul alam.."

-Kak mizah & kakak2 usrah kak maryam-

Saturday, February 14, 2009

.: Exam Mode :.


Say No to Valentine's Day..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 21, 2009

#perbualan dengan seorg ukhti yang dirindui..Fillah..

Edited..

teenz_alive: salam..
teenz_alive: ukhti,bz ke?
teenz_alive: ana nak minta pndapat,boleh?
Merpati hijau: wsalam
Merpati hijau : sedang2 aja
Merpati hijau: apa dia?
Merpati hijau: akan cuba semampunya

teenz_alive: erm, ada program,
teenz_alive: tp ana rase macam berat utk join..
teenz_alive: arituh,
teenz_alive: Dr hafidzi cakap..
teenz_alive: isu palestin tuh biarlah jadi satu isu yang boleh buatkan kita audit diri kita smula
teenz_alive: so ana join kbnyakan program...tapi kurang audit diri..
teenz_alive: dia cakap lagi..agama kita ni agama amal..
teenz_alive: bukan agama sorak...
teenz_alive: bukan agama cakap...
teenz_alive: so ana terkesan amat dgn kata2 dia tuh
teenz_alive: ntahlah..
teenz_alive: ana jer kot yang rasa camni..
Merpati Hijau: kalau ramai2 n mcm selamat kondisinya, insyaAllah ana pergi
Merpati Hijau: memang, iman bukan lah hiasan atau sorakan...
Merpati Hijau: tapi iman itu amalan...
Merpati Hijau: tapi solat hajat yang akan diadakan tu pada ana seolah-olah mahu mengangkat senjata ruhiah... pembuktian solidariti mukminin... dan pastinya solat hajat tu xsama dengan demonstrasi dan perhimpunan2 aman...
Merpati Hijau: mana tahu doa anti adalah antara doa2 yang di halang hijab... maka termakbul... mana tahu
Merpati Hijau: erm...
Merpati Hijau: audit diri bukan bergantung kepada apa2, sebab kena sepanjang masa
Merpati Hijau: mukminin bukanlah golongan yang mengikut arus
Merpati Hijau: semangat menongkah arus hanya ketika ia sedang deras
.
teenz_alive: betul...tapi utk yang tak sedar2 tuh..dats y kne amik isu palestin s starting point
teenz_alive: utk muhasabah..etc2.

Merpati Hijau: itu... semangat mesti selari dengan kefahaman...
teenz_alive: ana setuju..
Merpati Hijau: teruskan mengaudit tanpa jemu...
Merpati Hijau: jika rasa negatif, doalah pada Allah, "Ya allah, rasa buruk ini datang daripadaMu, maka aku pulangkan semula kepadaMU, dan gantikanlah ia dengan yang baik2 saja yaAllah..."
Merpati Hijau: hiks... doa kanak2..
Merpati Hijau: tryla
Merpati Hijau: dengan imaginasi memulangkan sesuatu dan menerima ganti yang lebih baik


Thursday, January 15, 2009

TAHNIAH..INILAH HASIL BOIKOT ANDA..


Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. InsyaAllah.




Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.




Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.




Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.




Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.




Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam.




Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin? Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak?




Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry. Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.




Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.




Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Teruskan boikot!!