BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 3, 2009

Tertipu,dan menipu?

+ " adakah kamu bangun malam? "

- "apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya."

+ (mendengus)
"benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)
" Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu."

3 comments:

azaty said...

perenggan terakhir tu ayat siapa??

well,that's why seorg rasul itu diutuskan..iaitu utk menjadi contoh terbaik buat umatnya.. seorg kafir pun boleh masuk islam kerana peribadi mulia rasul..

if ayat alQuran mampu mengubah hati manusia,boleh jadi penulisan berunsur dakwah pun berpotensi juga..but semuanya atas izinNYA..

salam..

SaidahMadihahHashim said...

azaty =)
kita dapat ini thru email.
ini sebenarnya dialog antara Imam Hassan al-Banna dgn seorang lelaki tua.
awak boleh baca dgn lebih lengkap kat sini..
http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2009/11/pusaka-imam-albannajalan-kemenangan.html

nak highlightkan ttg sangat pentingnya hubungan kuat dgn Allah,utk mewujudkan penyampaian dr mulut ke hati,bukan mulut ke telinga.

semoga sentiasa dibawah lindungan Dia,azaty..

#dah pilih pulau mana? =)

azaty said...

thanx utk link tu..baru faham..

err..tak pilih lagi pulau mana sbb tu plan je..dah nak dekat tarikh yg confirm baru pikir btul2..huhu..