BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 18, 2011

Dalam penjagaan.

Saya terima panggilan dari wad kanak-kanak lagi semalam, minta saya clerk 1 case, new admission.
Tak tanya pun case apa, dah boleh agak possible diagnosisnya.. either starcase / mollested case.
sangkaan saya tepat.
saya baca police report, badan dah terasa seram sejuk.

7 year old girl, suspected rape/mollested at school by unknown person.

saya interview ibu mangsa dan mangsa.
kata ibunya, hari tu dia hantar anaknya naik kereta sampai ke kawasan sekolah, dan sebelum tinggalkan memang dia dah pastikan anaknya memang betul2 dah kat kawasan sekolah.
hari tu ada majlis kat sekolah, jadi memang ramai ibubapa / orangramai masuk ke kawasan sekolah.
adik tu cakap ada seorang lelaki yang tak dikenali tarik tangan dia, bawa ke makmal dan lakukan perkara yang tak sepatutnya.

bergetar-getar suara ibu dia ceritakan pada saya sambil nangis.
saya pun berlinang airmata.

budak kecik lagi kot. apa jelah yang dia tahu.
muka comel tu, so innocent, tak tahu apa-apa yang berlaku pada diri dia kecuali rasa takut dan sakit.

sejak duduk kat O&G ni, macam2 cerita hasil zina dapat.
single parent, consensual sexual intercourse yang dipanggil rape sebab budak bawah umur..
dan kesnya sangat banyak!
astaghfirullah..

cuma paling sayu kes pagi tadi.
sedih sebab dari cerita ibu dia, memang nampak sangat dia dah berusaha jaga anak dia, hantar-ambik and serahkan pada pihak sekolah, tapi masih juga berlaku.

Allah..
sedih teramat sangat tengok dunia sekarang.

bila tanya parents, most of them akan cakap, " biaselah doktor, masalah budak2 sekarang.."

makcik, tu BUKAN biasa!
sedih+remuk hati dengar that reason, as if diorang lepas tangan je.
budak2 ni kalau kita bagi nasihat sikit je, mesti jeling and buat dunno.
Allah..

saya tak tahu kenapa saya sensitif sangat dengan case semalam.
terasa sangat, apa yang kita perlukan sangat kat dunia ni ialah.. Allah.
nak kebersamaanNya, berada dalam jagaanNya, berkat + rahmat Dia mengiringi setiap apa yang kita buat, pertolonganNya dalam urusan dunia+Akhirat kita, dan segalanya!
hatta dalam hal zuriat kita esok2 pun, kita yang busy2 dengan kerja nih, setelah usaha kita bagi utk jaga+didik anak, of course kita harapkan Allah berikan jagaan+lindunganNya daripada sebarang perkara2 buruk.
amin ya Rabb.

Allah tahu kita perlukan semua tu,
dan Rasulullah pernah tentang ni melalui satu hadis;


Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
Peliharalah Allah, nescaya Dia akan berada dihadapan kamu,
Dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah.
Dan jika engkau meminta, maka mintalah pertolongan daripada Allah,
Dan ketahuilah, sekiranya umat berkumpul bersepakat untuk memberikan suatu manfaat kepadamu,
Nescaya mereka tidak akan mampu melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan takdirnya ke atas kamu.
Dan sekiranya umat berkumpul bersepakat untuk mendatangkan bencana ke atas kamu,
Nescaya mereka tidak akan mampu melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan takdirnya ke atas kamu.
Telah diangkat pena dan telah kerning segala buku

(Hadith hasan Sahih Riwayat Imam Tarmizi)

Saturday, October 15, 2011

Bulatan.

pernah sekali dulu, masa dalam bulatan,
makcik usrah tanya

"Apa matlamat kamu? jangka panjang, jangka pendek?"
jawab saya,
"nak jadi Dr, dan nak pass exam"



makcik jawab lagi, " tak, tu masih lagi matlamat jangka pendek"
"so patutnya macamana makcik?"
"matlamat jangka panjang mestilah nak masuk syurga, so matlamat jangka pendek kita mestilah semua usaha untuk capai kearah longterm aim tu"

tergamam.
saya belajar satu benda malam tu.
baru tersedar yang selama ni buat perkara bukan untuk misi sejauh tu.
stephen covey dalam bukunya, 7 habits of highly effective people pun ade mention,
habit no 2: begin with the end in mind.

macam jugaklah buat program, bentang kertas kerja, mesti ada objektif utama program,
dan semua aktiviti dan gerakerja lepas tu,
mestilah ke arah mencapai objektif.
so lepas tu, tak kiralah apa pun yang dibuat,
mesti cakap dalam hati,
aku buat ni sebab nakkan redha Allah. ya, redha Allah tu yang first, bukan sebab lain.

dulu, Baginda Nabi pernah bersabda;
“Barangsiapa yang cita-citanya adalah akhirat,
Nescaya Allah akan memberikan kekayaan dalam hatinya,
Mempersatukan wataknya,
Dan dunia akan datang kepadanya sedang dia tidak menyukainya.

Tetapi barangsiapa yang cita-citanya adalah dunia,
Nescaya Allah menjadikan kemiskinan didepan matanya,
Mencerai beraikan wataknya
Dan dunia datang kepadanya sesuai dengan yang telah ditentukan untuknya”
(HR tirmidzi)

dan ianya terzahir pada diri sahabat yang ditarbiah baginda.



***

Suasana sangat terasa bila dah start kerja.
bila kita dah all out bagi yang terbaik pada kerja kita, and yet still being scolded by speacialist,
bila kita berikan komitmen pada kerja, tapi cara kerja collegue kita pula sebaliknya,
bila kita dah usahakan untuk bantu pesakit, tapi pesakit masih banyak membebel & marah2...
sedangkan diri sendiri dah cukup lembik, flat, penat amat sangat, hypoglycemic, irritated, rase macam nak marah
....kena paksa diri balik untuk pujuk hati, betulkan balik niat, ultimate aim kita bekerja untuk siapa.


bukan untuk dapat pujian pakar ataupun senior doctors, tapi supaya Allah redha pada kerja kita, dan alirkan keberkatan dalam rezeki yang Dia berikan pada kita.
semoga dengan keberkatan tu,
Allah cukupkan kita dari segenap penjuru.
mudah-mudahan keberkatan rezeki tu mengalir pada zuriat keturunan keluarga kita, dan
pada setiap apa jua yang kita perbuat.

Ada seorang surgeon di hospital teluk intan, saya kagumi dia sebab komitmen dia pada kerja, dia akan luangkan masa untuk ajar kami sesibuk manapun dia.

dia pernah cakap,
"kadang-kadang ibubapa rasa pelik kenapa anak diorang degil tak dengar cakap, tak pandai, bla bla..
tapi dia tak pernah tengok pada apa yang dia bagi pada anak2 dia.
kerja dengan malas,ponteng kerja, curi masa kerja untuk minum kopi, etc.. mana nak ada keberkatan." dan saya setuju.


so sesusah fasa yang saya lalui sekarang, mudah-mudahan niat saya sentiasa lurus untuk capai ultimate aim tu.

tak kisahlah apa berlaku, saya tahu apa yang saya buat, dan Allah Maha melihat segala perbuatan saya,

Dia Maha Tahu apa sejauh mana usaha saya,

kemampuan/kekuatan saya tahap mana,

Dia tahu apa kelemahan saya,

Dia Maha Adil untuk menilai semuanya.

***

Tempoh 3 bulan bekerja dengan suasana baru, bercampur dengan mereka-mereka yang bahasa kurang sopan dah menjadi pakaian mereka, buatkan saya terlalu rindu dengan ahli bulatan saya.

rindu duduk-duduk dalam bulatan, cakap-cakap yang menambahkan iman,

rindu masa2 kita, diberi pengisian & peringatan, masa makan bersama, picnic bersama, panjat bukit, rehlah, dalam kereta, basuh kereta, masa di daurah, mukhayyam, program, qiam. rindu!



Sunday, September 11, 2011

perbandingan.

*satu entry lama yang terperam lama.

Seorang ikhwah mengutarakan analoginya,


“cuba antum bayangkan, kalau kita jumpa mereka yang tinggal kat pedalaman hutan dan tak pernah jejak ke bandar, macamana antum nak describe KLCC pada diorang?”

(silent)

“antum akan cakap, KLCC ni, ibaratnya macam dua batang pokok kelapa yang saaangat tinggi, dan ada rumah panjang yang menyambungkan antara kedua pokok tadi. mesti orang-orang yang mendengar tu akan cakap “Waaaahhh~~ tak pernah terbayang pun ada ciptaan macam tu!! Tapi kalau kita cuba bawakan mereka ke lokasi sebenar KLCC, mungkin mereka akan lebih teruja, atau terdiam tak terkata sebab KLCC sebenar jauh lebih hebat dari apa yang pernah terlintas di fikiran mereka”

macam tu jugalah syurga, Allah mention dalam kebanyakan ayat, yang syurga tu
...mengalir dibawahnya sungai-sungai (Al-bayyinah :8)

...wajah2 yang berseri2, merasa senang kerana usahanya sendiri, mereka berada dalam syurga yang tinggi, disana kamu tidak mendengar perkataan yang tidak berguna, terdapat gelas2 yang tersedia didekatnya, bantal2 sandaran yang tersusun, dan permaidani2 yang terhampar (Al-Ghasyiyah: 8-16)

...mereka bersuka-ria dengan apa yang diberikan Tuhan kepada mereka (At-tur : 18)
... Dan Kami berikan kepada mereka tambahan berupa buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini (At-tur : 22)
...Dan disekitar mereka ada anak-anak muda yang berkeliling untuk melayani mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan. Dan sebahagian mereka berhadap-hadapan satu sama lain saling bertegur sapa (At-tur :24-25)
… semuanya dengan bahasa yang kita mampu fikir ikut level kefahaman kita, supaya kita dapat sedikit gambaran macamana kehebatan syurga tu. Tapi hakikatnya, syurga itu jauh lebih hebat lagi” (senyum)

“neraka pun. Bilamana Allah mention yang situasi di neraka tu,

.. api azab Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas diri mereka, sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang. (Al-humazah : 6-9)

.. dan pada hari itu diperlihatkan kepada mereka neraka Jahanam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi kesedarannya itu, Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan kebaikan untuk hidupku ini" (Al-Fajr: 23-24)

... api yang sangat panas. diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas. tiada makanan bagi mereka  selain pohon yang berduri, tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. (Al-ghasyiyah :4-7)

....hakikatnya, ia jauh lebih dahsyat lagi”

hakikatnya jauh lebih dahsyat lagi, hakikatnya jauh lebih dahsyat lagi.. macam ada echo: terngiang-ngiang, sampai sekarang pun masih teringat.

Allah merakamkan tentang syurga & neraka dalam Al-Quran, setakat mana yang mampu kita gambarkan sesuai dengan tahap akal kita, sebab tu Dia ceritakan tentang api, mendidih, nanah, hijau, sungai, bidadari, dan lain-lain, sesuai dengan apa yang kita boleh gambarkan. hakikatnya, it's beyond our expectation. sangat.


***

Masih terlipat kemas lagi kekotak memory saya, program Keindahan BersamaMu (KBM). program yang mengingatkan tentang mati, akhirat, mati tu sangat dekat, dan akhirat tu satu pengakhiran yang kita kena bersedia untuk menghadapinya. Habis program nilah, terasa macam nak jadi baaaaaaaaaaaaaaaik je. tak nak lain. Biar semua orang menyakitkan, tapi nak jadi baik. Biar bila kita balik semula pada Allah nanti, menjadi kepulangan seorang hamba yang diterima. Semua yang pernah join program macam ni akan terkesan dengan modulnya. Boleh baca tulisan penuh sincere dari izzanis, nadiah, zatel.


..letak lilin atas tangan, air lilin jatuh pun dah nanges, sebab panas sangat. ye, baru setakat air lilin je. bukan apinya. 


... saat ditutup mata guna blindfold, ditutup dengan kain kafan, dibiarkan sorang-sorang, diberikan gambaran subsequent event selepas nyawa ditarik. bau kemenyan-ditinggalkan saudara-soalan- dan semuanya... betapalah sangat tak bersedia! T.T


**
bercampur baur perasaan after join these two program. 
sampai taktahu nak describe.
hati berjanji macam2.
cuma mungkin, outcome nya, saya cuma harap, saya boleh jadi hamba yang baik disisiNya,
dan bila saya 'pulang' nanti, ianya menjadi kepulangan yang diredhai & diterima.
hu.. amin.
(semua orang aminkan,cepat!)







Satu Rindu.








Diterima sebagai tetamu 2 masjid ini, antara anugerah Allah yang paling besar yang saya terima.
tempat yang diidam2kan untuk datang sejak sekian lama,
tempat yang terbayang-bayang untuk saya jejak semenjak saya masuk medic dan sangat terasa kesusahannya,
 dan perasaan tu bertambah kuat masa saya tenggelam dengan kesusahan berdepan dengan professional exam.
dan alhamdulillah, Allah permudahkan.

sepanjang 2 minggu, diberi peluang untuk berada di tempat-tempat yang pennuh dengan kebaikan.
semua orang berebut-rebut untuk memberi, dan menerima kebaikan.

Terlalu-lalu indah.
rasanya apa yang tercaptured dalam kekotak hippocampus saya semuanya gambaran yang baik2 belaka.

 setiap jemaah yang berpusu-pusu ke masjid untuk solat berjemaah setiap kali waktu solat hampir.

 sana sini orang-orang kaya yang menghulur sedekah duit dan makanan setiap kali sebelum dan selepas solat.

mereka-mereka yang sentiasa sibuk dengan aktiviti ibadah sebelum & selepas habis waktu solat.
sana sini nampak kumat-kamit mulut tak lekang dengan zikir,
atau sibuknya bertadarus quran, atau solat sunat.

pemuda-pemuda yang sangat menghormati wanita.

2 pemuda yang seorangnya memapah ibu dia, seorang lagi menyorong wheelchair ayahnya untuk mengerjakan umrah, bertalbiah dengan kuatnya, walaupun masa dah terlalu jauh lewat malam, tinggal 3 jam je lagi sebelum subuh.

suami-suami, pakcik-pakcik, atuk-atuk yang mengajar isteri mereka untuk beribadat dengan betul.

nenek-nenek yang dah punya osteoporosis+kyphosis bone masih lagi mampu gagahkan diri menapak selangkah-selangkah untuk kerjakan tawaf, walaupun pada radius tawaf yang besar.

berjumpa dengan seorang nenek tua dari india, dan language barrier kami sangatlah ketara,
saya keluarkan tafsir,
perlahan-lahan dia mengengsot merapati saya.
saya tunjuk ayat yang saya tengah baca,
dan dia cakap something yang saya tak faham.
dia keluarkan telinga dari tudung dia,
buat bahasa isyarat untuk mendengar.
sangat bagus,kan. saya assume makcik tu tak mampu baca Al-Quran, tapi masih lagi nak rebut pahala mendengar bacaan.
saya baca few pages dan selesaikan bacaan.
saya tutup quran, dan dia bagi isyarat terima kasih & mendoakan.
walaupun ada language barrier, kami dapat berkenalan baik sebab Al-Quran. sweet kan.

***

setiap masa berada dalam kebaikan, 
berebut-rebut utk buat kebaikan, 
bersama orang2 baik yang mahukan kebaikan, sebarkan kebaikan.
 syurga, mesti jaaaaaaaauh lagi indah dari ni,kan.


T.T









farewell note.


Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah
mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.
Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun
keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa
penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu
berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan
buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah
menghisab di atas usaha dan niat kita.

Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada
bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan
atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari
Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hayatilah firman Allah;
"Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang
bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu
dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain
ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam
urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka
pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan".
Ali Imran : 146


Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri
daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar,
merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan;
iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan
berbahagia


-petikan buku, jalan dakwah, Bab akhir.


Ar rajulu ‘ala dini khalilihi falyanzur ahadukum, maiyu khalil
“A person will follow the lifestyle of his friend, thus beware of whom you are befriending with.”
" Seseorang itu akan mengikut gaya hidup kawannya, maka berhati-hatilah dengan siapa kamu berkawan"

Saturday, July 2, 2011

Lebih daripada yang kita sangka..


2:01 - 2:40
"Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
 Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walau sekelip mata,
dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.
Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka kita tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah."

3:32
" Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalan keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata,
"Habislah aku kali ini..",
Tapi usia kita masih berjalan, dan kita masih lagi makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.
ketika kita susah, kita berkata, "Ya Allah, tolonglah aku, aku susah ya Allah.
Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu.
Dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur."

8:47
"Syukur, kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
...belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.

9:57
"Apabila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,
kita akan rasa Masya-Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita,
LEBIH DARIPADA HARAPAN KITA SEBENARNYA."

***

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya lulus dalam peperiksaan yang lepas.
jazakumullah khayr, buat semua yang memberi semangat & doa.

ayah, yang bangun malam untuk mendoakan,
ayah & ibu, yang berpuasa supaya doanya menjadi antara yang dimakbulkan,

Pernah satu masa, kat midvalley, 
seorang budak lelaki datang minta derma, 
kakak hulur duit hijau,  
budak lelaki hulur buku sebagai gantian,
kakak tolak, cakap;
"simpan buku tu, saya cuma minta, awak tolong doakan supaya adik saya lulus periksa.."
T.T
(hati saya menangis dengar kakak cakap macamtu masa tu, tapi muka maintain macho je sambil sedut air kotak yang dah habis masa tu..srooot,sroot.)

dan mereka-mereka yang lain..

seperti seorang akhawat, waktu sebelum solat, saat saya cakap, saya takut, sangat banyak yang tak tercover dan rasa macam nak putus asa, dia genggam tangan saya, dan cakap, "takpe makcik, Allah ade!" 
Dia mengimamkan solat, dan baca surah al-baqarah ayat 286.
T.T

seperti dia pula yang sorang lagi, masa kat atas bukit broga, yang ingatkan tentang konsep tawakal, sepertimana nabi Musa, saat dikejar oleh orang suruhan fira'un hingga ke garisan akhir, dan pengikut nabi Musa rasa macam dah takde harapan, dan nabi Musa masih lagi boleh jawab dengan tenang, "sesungguhnya Allah bersama kita". dan betul, semua orang tau cerita tu, Allah bagi mukjizat pada nabi musa, tongkat dia boleh membelah laut, and miracle happens.

moment tu terakam kat dalam surah ni,
“Lalu Firaun dan bala tenteranya dapat menyusul mereka pada waktu matahari terbit.
 Maka ketika kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, “ kita benar-benar akan tersusul”. 
Dia Musa menjawab, “sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberikan petunjuk kepadaku.
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar” 
(As-Syu’ara’ :60-63)


dan dia yang lain, yang link-kan video untuk ingatkan saya tentang kekuatan doa, pada masa2 kritikal dan rasa sangat lemah untuk teruskan.




dan mereka-mereka yang lain, yang menyentuh hati saya dengan bait-bait doa dan kebaikan mereka.
buat semua para pensyarah, sahabat sefakulti, ikhwah-akhwat, pakcik makcik,yang ikhlas mendoakan.
semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik kebaikan,amin.

**
Dikurniakan kelulusan dalam peperiksaan, kurniaan & ujian dari Allah buat saya. tapi,
dikurniakan orang2 yang baik disekeliling saya, adalah satu hadiah dan kekuatan besar dari Allah buat saya.

alhamdulillah, thummalhamdulillah.