BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Peduli Palestin. Show all posts
Showing posts with label Peduli Palestin. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Gaza.dan Zirwatu Sanam Deen ini.

Copy & paste. dari blog ukhti Sniperrabb. (Jazakillah atas perkongsian yang bermanfaat)


Jika Palestin adalah sebab utama untuk Umat Islam bangkit dan bersatu, maka ketahuilah bahawa alarm itu sudah lama berbunyi.

Jika Palestin itu indikator untuk Umat Islam bangun menyusun dan memperkemas saff ketahuilah ia sudah lama menyala. Berkelip-kelip menanti Umat Islam membuka mata dari lena.

Palestin dicipta supaya Umat Islam tidak lupa satu cabang dari sekian banyak kewajiban yang termaktub dalam Islam, iaitu zirwatu sanam deen itu. Kewajiban JIHAD. Bukankah siapa yang mengusai Palestin, maka dia yang menguasai dunia?
..
Now it brings us to the point that, what is it actually means by ‘menguasai dunia’? (wek… ku spiking ke td?). Adakah semata-mata dimaksudkan sebagai menguasai politik? Perlaksanaan undang-undang Islam? (dah masuk isu negara Islam, ku rasa boleh bincang lain masa k0t)

Ok, sambung balik.

Banyak interpretasi krisis Palestin yang kutemui. Bermacam ragam. Suara mereka berdengung-dengung di udara. Ada yang mahu mencari jalan jauh. Pusing keliling macam jalan Kangkar Pulai – Gunung Pulai yang ada sekarang. Jauh, padahal ia dekat. Terang dihadapan mata.

Ada yang mahu jalan terus tembus, seolah-olah kembali ke zaman tanpa kereta, tanpa jalan raya. Berkuda mungkin. Meredah segala yang ada. Gerai cendol ditepi jalan, kilang proses ayam, ladang sawit jutawan cina, kebun pisang, kolam air PUB, ladang nenas, kem tentera di kaki gunung sebelum sampai ke Gunung Pulai. Langgar, langgar, langgar.
Ada yang kumpul duit nak buat jalan baru, setelah aduan ke JKR tidak diendahkan. Jalan baru yang dirangka mungkin akan pergi straight ke Gunung Pulai. Mungkin juga tidak. Sebab belum bermula.
Ada yang aneh gagal membezakan timur dan barat kemudian amek jalan ke JB.

Aku sendiri? Sedang merangka-rangka. Mencongak-congak. Teori dan Praktikalnya. Harap-harap aku tak keciciran.
Apapun, aku pelik kenapa dengung hanya dengung saja. Drum sepi x berbunyi. Padahal kita dalam saff sedang marching.

Perlu ada ice breaker lagi kot. Macam 911. Ha ha.. (ketawa volunteer)

Nah, dengar lagu ni. Dawud Wharnsby Ali.

Why Are The Drum So Silent
All the sounds that surround us,
All the noises that dumbfound us,
The clatter and the clammer of the clutter in our lives.
Cars and streets make silence shatter,
Idle minds fill up with idle chatter,
If we fill our void,
that’s all that matters.

Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

We digitise the revelation,
Does our rehearsed recitation,
Go any deeper than our throats?
Our calls to prayer seem to rise up to the sky,
Conferences and lectures,
seminars for you and I,
The words that blow away with a nasheed that make us cry.

Yet……. Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

And if we could just be brave enough,
To be each other mere,
We may finally recognise,
The face of conscience that we fear.
And if we can take the time,
To mute the noise we’ve built around ourselves,
The rhythm of the heartbeat,
And the purpose may be clear.

If we beat the drum,
(Whisper of peace),
Beat the drum,
(Moving through the land)
Beat the drum.

If we beat the drum of hope and faith,
We will all fall into rhythm.
I have faith in you and I.
If we beat the drum of hope and faith,
Then we will feel the rhythm,
From our footsteps and our striving,
Marching to the garden as we try.
Marching to the garden as we die.

***
Dititipkan disini beberapa keratan ayat dari surat Dr Khalil Ismail al-Yahya mewakili HAMAS di Palestin, diterjemahkan oleh Ustaz Maszlee Malik (aktivis Palestin di Malaysia) atas permintaan Dr. Khalil.
"Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin
supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.
Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, harta, nyawa, anak0anak kami
supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh
Allah mewakili umat Islam seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada
Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan masjid suci ketiga. Kami juga dipilih
oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan
berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan
peperangan, selama itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan
diperangi.

Mengapa?

Hanya kerana kami mengucapkan kalimah La Ilaha Ilallah
dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."
"Buat Umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak menyedarkan, maka siapa lagi yang akan menyedarinya?"
"Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudar seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi rejim Zionis.
Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Diamanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya punya dua pilihan; tunduk kepada tekanan AS & EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat, atau terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan.

Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus-terusan berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama 6 bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?

Perut mereka kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"

"Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap antara kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid, manakala saudara sekalian terus membisu dan menyaksikan sahaja, nantikan Hari Pemabalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Kami berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupai kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan syahid. Berdoalah jua agar kita dapat bersama-sama solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar, dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di muka bumi ini. Allahu Akbar!

-Khalil Ismail al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,

14 Mei 2006



\/ Free Palestine .. [ Free Gazza ] .. \/


***
Sabda Nabi s.a.w;
"Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya” (Maksud hadith)

Allahummaj'alna min aqnaafi baitul maqdis
Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan yang aqnaaf

***

21 Ogos ..Rememberance of Al-Quds day..
We remember u everyday in our prayers, Palestinian!

Thursday, January 15, 2009

TAHNIAH..INILAH HASIL BOIKOT ANDA..


Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. InsyaAllah.




Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.




Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.




Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.




Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.




Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam.




Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin? Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak?




Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry. Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.




Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.




Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Teruskan boikot!!

Wednesday, December 31, 2008

Merah saga

PALESTINA TERCINTA





Album : Tak Kenal HENTI !!!
Munsyid : Shoutul Harokah

Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Kami akan
berjuang

Demi kebangkitan
Islam

Kami rela
berkorban

Demi Islam yang
mulia


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu

Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Kami akan
berjuang

Demi kebangkitan
Islam

Kami rela
berkorban

Demi Islam yang
mulia


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Ya Robbi, izinkanlah kamiBerjihad di
Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kamiTercatat sebagai
syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kamiBerjihad di
Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kamiTercatat sebagai
syuhadamu

Tercatat sebagai syuhadamuTercatat sebagai
syuhadamuuu