BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

Merah saga

PALESTINA TERCINTA





Album : Tak Kenal HENTI !!!
Munsyid : Shoutul Harokah

Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Kami akan
berjuang

Demi kebangkitan
Islam

Kami rela
berkorban

Demi Islam yang
mulia


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu

Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Kami akan
berjuang

Demi kebangkitan
Islam

Kami rela
berkorban

Demi Islam yang
mulia


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Untukmu, Palestina
tercinta

Kami penuhi
panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang
mulia

Kami kan terus
bersamamu


Untukmu jiwa-jiwa
kami

Untukmu darah
kami

Untukmu jiwa dan darah
kami

Wahai Al-Aqsho
tercinta


Ya Robbi, izinkanlah kamiBerjihad di
Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kamiTercatat sebagai
syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kamiBerjihad di
Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kamiTercatat sebagai
syuhadamu

Tercatat sebagai syuhadamuTercatat sebagai
syuhadamuuu


Tuesday, December 30, 2008

New Year..2009


#Diperoleh daripada K-Ops..
2008 is going to its end..
and we need to face 2009
so stay alert..
There may be risks involved
we may need to face roadblocks
share time with friends
Jump over obstacles
with care
and caution
Face Challenges
Remember to laugh
Cooperate
Discover new things
Make new friends
Above all...be ready for adventure
Stick together
And you will be able to go far
very far....well,not quite that far..
Always take time to smell the flowers
Don't forget to relax and enjoy
ALL THE BEST
LET'S START A NEW CHAPTER WITH BRAND NEW AIMS & SPIRIT

Tuesday, December 23, 2008

.: Rehlah Sang Murobbi :.

















kumpulan C..yang kat blakang skali..kat spiral tree..



Alhamdulillah, setelah beberapa minggu berganding bahu dengan sahabat2 lain berusaha untuk program ni,Berjaya juga ianya dilaksanakan 2 hari yang lepas. Hee..mengambil masa 2 hari utk mengumpul semula kekuatan fizikal barulah terdaya nak memuntahkan semua cerita di FRIM kat blog nih..betapa kurangnya ketahanan fizikal anda,cik saidah..huk3..




Previsit dah kami buat pada hari khamis (kalau tak silap)..sebelum cuti mid-sem yang lepas..tak banyak perkara menarik masa nih..except kagum pada 2 perkara..satunya,penggunaan system GPS yang memandu perjalanan kami..mesin yang sebut turn left,turn right,turn left..walhal nak suruh buat U-turn je pun..hee..menarik2..coz tak pernah jumpa alat tuh sebelum ni..
Secondly, sebab that day was my first day masuk FRIM..so of course melihat alam ciptaanNya n pada kebanyakan flora yang tak dapat dilihat dihospital, somehow mmg menarik minat..amat sangat..


Dan FRIM…the name itself; Forest Research Institue of Malaysia..dah menggambarkan yang aktiviti disana wud be jungle trekking. Tapi yang membanggakan (diri sendiri jer bangga) ialah sebab kami mampu buat aktiviti tersebut dengan baju kurung..hish..banggalah..mesti Ziryab dalam buku cerita "manikam kalbu" karya saudara Faisal Tehrani pun bangga dengan kebolehan baju kurung ni..its proven yang baju kurung pon mampu dibawa lasak..hee..






Malam sebelum program,kami menonton filem sang murobbi, filem yang dibuat oleh ikhwah PKS dari seberang..filem yang penuh mesej dakwah..n paling suka bila ustaz rahman (watak dalam filem tersebut) menggunakan banyak analogi dalam approach dia mnyampaikan dakwah pada org ramai..it generates my mind to think on apa sebenarnya yang ustaz tuh nak cakap…but most of the time tak faham..hee..nasib baiklahh akak naqibah buat bedah filem immediately after tayangan habis..lebih jelas kefahamannya..syukron jiddan kak raudhah =)


N pada hari yang dinantikan, seramai 47 ikhwah akhowat PPUKM pergi ke program yang pihak organisasi namakan sebagai “rehlah sang murobbi”..akhowat bertolak menaiki bas, dan selepas bacaan doa perjalanan, bacaan ma’thurat secara bjemaah mengiringi kami sepanjang perjalanan..



Sebelum kembara mentadabbur alam bermula, ikhwah akhowat stretching dulu..utk persiapan b4 berdepan dgn aktiviti yang mencabar fizikal di dalam hutan sana..bak kata kak farin,dalam perjalanan dakwah pun begitu..perlu ada persiapan utk berdepan dgn ujian yang kita tak terduga yang mnanti kat depan sana..dari segi ilmu,fizikal,mental,etc,etc.


Sepanjang kembara, beberapa checkpoint menarik dirancang exco program =) solat dhuha, melihat pokok batang kapur, spiral tree,canopy walkway, etc..




stretching..
pokok batang kapur yang ada kat 2 tempat je di dunia..tengoklah susunan dedaun pokoknye..Subhanallah..
canopy walkway

Dan rasanya aktiviti yang paling menarik ialah semasa di picnic area, mendengar ulasan sahabat2 ttg aktiviti yang dah dijalankan…suka amat bila mendengar bagaimana mereka,sahabat2 dan kakak2 me-relate-kan apa yang mereka lihat dan lalui sepanjang kembara dengan ayat Quran,hadith,sirah,perjalanan dakwah ataupun dgn hakikat kehidupan ni..sememangnya membuka mata sendiri yang banyak terlepas pandang…




So,dedikasi terima kasih bagi pihak organisasi rehlah and pada kakak2 yang banyak bagi support bagi kami yang baru nak bertatih utk menjadi semantop kalian..


FRIM memang mengagumkan dengan alam ciptaanNya, tapi ianya pasti hambar tanpa if there was no ukhuwwah dan manfaatssss di dalamnya…


Saidah letak gambar..if ada mana2 gambar yang tak dipersetujui utk diletakkan (sorry tak minta permisi semua)..bagitahu ya!
banyak lagi gambar boleh tengok kat blog kak bee pula.. =)

# Aiskrim kat FRIM..kesedapan anda berada diantara tangga teratas senarai aiskrim tersedap yang dimakan so far… moga ketemu lagi! hee...

Monday, November 24, 2008

Meniti Mimpi

KAU TERDENGAR KICAUAN BEBURUNG
YANG MENYANYI DI DADA PELANGI
KAU MENGGAPAI AWAN DILANGIT MEMUTIH
DIRIMU LEBUR DIMAMAH MENTARI

KAU IMPIKAN HARAPAN MENGGUNUNG
DI LORONG HANYIR KEHIDUPANMU
KAU HIRUP SARI MADU BUNGA BERACUN
MEWARNAI DUNIA MISTERI MIMPIMU

KAU CALARI SETANGKAI HATI IBUNDA
YANG MENITI DI BILAHAN HARI-HARI
KAU HITAMKAN WAJAH AYAHANDA
YANG MENGHARAPKAN SINAR KEHIDUPAN

APALAH YANG HENDAK DIHARAPKAN LAGI
SEMUA SUDAH JADI TAKPASTI
BANGKITLAH SEGERA DARI MIMPI NGERI
PULIHKAN KEMBALI SEBUAH HARGA DIRI

SINAR HIDUPMU TIADA NYALAAN API
BERLABUHLAH DI MUARA INI
PASRAHKANLAH HIDUPMU KE LORONG ILAHI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG ABADI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG HAKIKI

LIRIK: KHAZANAH PUISIITO LARA (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)
LAGU: HARUN OMAR (TELAGABIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

#dedikasi untuk university student yang masuk ke wad O&G baru-baru ni.case yang mmbuatkan diri seram sejuk.memang kecewa.mungkinkah lebih ramai lagi diluar sana? huh~~

Moga hari semalam yang gelap diberi ruang cahaya.awak,Masih sempat!!

Kurniakan kekuatan untuknya mengharungi hidup, berikan dia hidayah untuk berubah setelah tersungkur..ameen Ya Rabb...

Sunday, November 23, 2008

JANGAN Pandang BELAKANG..


Wednesday, October 29, 2008

Daurah Intensif K-PPUKM..
























Daurah ni dibuat semasa saya diposting O&G...tapi disebabkan oleh kesibukannya,maka waktu nih jer sempat post kat blog..semoga bermanfaat.. ^_^
Alhamdulillah,segala yang dirancang berjalan lancar...Mabruk atas usaha antum semua, kakak2 and Organisasi K-PPUKM...


Sedikit perkongsian..




Slot 1: Why Am I Here? Oleh Akh Rasuan

Slot dimulakan dengan Akh Raswan meminta setiap peserta untuk menyatakan matlamat kehidupan masing-masing serta tujuan mereka hidup di dunia. Setelah memilih dan membacakan beberapa jawapan daripada beberapa peserta, Akh Rasuan menerangkan tentang tujuan dijadikan seorang muslim dan matlamat kita seharusnya sebagai seorang muslim,Berdasarkan firman Allah melalui Surah Al-Baqarah: 30;

”Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat,”Aku hendak menjadikan Khalifah dimuka bumi.” Mereka berkata, ”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di muka bumi,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Allah ingin menjadikan manusia di muka bumi sebagai Khalifah, yang tidak bertujuan selain daripada hanya menyembahnya. Sebagaimana Dia berfirman dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56;

”Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu”

Akh Rasuan juga mengingatkan tentang kekhalifahan dimana setiap manusia itu adalah pemimpin (khalifah) dan akan dipersoalkan tentang kekhalifahan mereka, sebagaimana yang telah disabdakan oleh nabi dalam hadith. Beliau juga mengajak peserta untuk mengimbau semula semasa zaman Nabi dan para sahabat, dimana mereka meletakkan akhirat sebagai matlamat tertinggi mereka. Apabila akhirat diletakkan sebagai matlamat tertinggi, secara tidak langsung seseorang itu akan memberikan komitmen yang terbaik dalam urusan dunianya.

”Dan sesungguhnya kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Al-An’am:32)








Slot 2: Muamalat (ustazah Maznah Daud)

Ustazah Maznah menerangkan bahawa Hukum Feqah diwujudkan untuk membawa kesejahteraan ke seluruh alam, tidak menyusahkan dan fleksible.

Dalam pergaulan antara ajnabi, hukum asalnya ialah tidak boleh bergaul bebas, tetapi harus bergaul apabila wujud darurat ataupun hajat. Bergaul dan bermesra sekadarnya, dan dalam bergurau tidak boleh wujud pembohongan dan janganlah sehingga lawak itu menjadi identiti diri. Dan sebaik-baiknya dalam bergaul, tinggalkan segala yang tidak berkaitan dengan diri
Sebagai pelajar perubatan dan bakal doktor yang tidak terlepas dari bergaul ajnabi, amatlah perlu dipertimbangkan supaya pergaulan itu disebabkan oleh hajat atau darurat dan perlulah difleksiblekan mengikut keadaan semasa sesuai dengan tujuan Hukum Feqah itu sendiri; membawa kesejahteraan keseluruh alam.





Slot 3: Kemana Arah Tuju? (Dr Wan Najwa dan Dr Radhi)

Secara keseluruhannya, selama 2 jam forum bersama 2 orang doktor ini, mereka menceritakan tentang pengalaman dan cabaran yang mereka hadapi semasa mereka sebagai pelajar perubatan, Doktor pelatih dan pegawai perubatan. Juga untuk memastikan kelangsungan pentarbiyyahan diri itu berlaku.
Menurut mereka, semuanya mestilah bermula dari hati, yang mana ianya mestilah terikat,kuat dan istiqamah untuk terus berada pada jalan dakwah dan menerima pentarbiyyahan. Klimaks cabaran untuk meneruskan usrah akan dijumpai semasa bertugas sebagai Doktor Pelatih, disebabkan oleh kekangan masa yang amat sangat. Namun, mereka mengingatkan bahawa sekiranya pentarbiyyahan diri terhenti sekali, amat payah untuk dimulakan semula nanti. Dan kekuatan doa itu amatlah perlu dalam memastikan setiap yang dirancangkan dipermudahkan Allah s.w.t.





Slot 4: Amal Jamaie (Akh Wan Am)

Slot ini telah dijalankan secara interaktif, dimana setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk menegangkan tali pada setiap sudut untuk memasukkan pen yang telah diikat ditengah-tengahnya kedalam botol mengikut arahan ketua. Tahap kerjasama berpasukan dinilai melalui aktiviti ini, dan setiap kumpulan diberi cabaran yang berbeza. Terdapat kumpulan yang ketuanya tidak menjalankan tanggungjawab (ketua ditutup mata, memberi arahan yang salah) dan terdapat juga ahli kumpulan yang tidak menjalankan tugas (ditutup mata) dan misi tidak dapat dicapai. Maka konklusinya, untuk mencapai keberkesanan dalam Amal jamaie, amatlah perlu wujud peranan dari kedua pihak; ahli dan ketua.









Slot 5: Baitul Muslim
Siaran Tergendala




...................................................harap maaf..amat sangat....



beberapa gambar sepanjang program..













Letter To A Muslim Student By Hassan Al-Banna

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq
kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian
hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas
dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang
beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal
lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” -
Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

"Dearest brother, you will be amongst people you have not known before and characters you are not accustomed to. In you they will see the example of a Muslim. So make sure they see in you the best example and the finest image, in order for them to understand that the word ‘Muslim’ embodies virtue and nobility.
With you is a precious trust, that is your righteous wife, appreciate this. Towards her be a trustworthy companion. Provide her with comfort and happiness. Share with her felicity, without being careless in acquiring your rights and negligent in performing your duties."

continue reading at http://www.jamaat.org/islam/letter.html

Friday, October 24, 2008

(2:286)




+ kakak,it’s like chemotheraphy..
+ dia perit,and ada banyak cycle 2 accomplished. After each cycle, awak akan rasa patah semangat, but then awak still kena kuatkan semangat untuk teruskan hidup. And this will be my "3rd cycle"..huh..
+ People will assume as if awak dah cukup kuat coz awak dah
pernah ada previous history for chemo before..but then, every cycle ada cabaran
dia tersendiri.after habis one phase utk sesatu chemo,awak perlukan masa untuk
naikkan semangat.then datang another phase.jatuh semangat.naikkan semula.and
then another chemo.Naik-turun-naik-turun semangat, kekadang buatkan orang rasa tak berdaya untuk teruskan lagi..


+ even untuk chemo pun, pernah je ada orang
yang meninggal di pertengahan sebab tak tahan dengan side effects dia..



- adik, this is different..
- when the “disease” came from Him, and Dia tahu ubatnya
hanya chemotherapy, and Dia yang tentukan which phase yang awak patut ambil, Dia dah tahu dah awak sanggup and cukup kuat untuk berdepan dengan its side
effects even before Dia infuse awak dengan ubat tu pun lagi..Dia tahu..Dia tahu..


- adik, setiap kali ujian yang datang, cuba lihat dari sudut yang positif. Allah tarik satu nikmat tapi beri banyak nikmat yang lain..solat yang lebih khusyuk,doa yang lebih pengharapan, fokus yang lebih dalam belajar, etc,etc... terasa benar keberdekatan dengan Dia berbanding sebelumnya,rite?

+ ........




Saturday, October 18, 2008

T_T

Imam Bukhari rhm ketika bermunajat kepada Allah, pernah
berbisik-bisik mengatakan..

"Bukan aku tidak tahan dengan ujianMu ya Allah, cuma hendak mengadu padaMu,
tempat aku kembali nanti..mohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah"
Tuhan,bantu aku untuk bersangka baik pada setiap ketentuanMu!...

Friday, October 10, 2008

The beauty of As-Saff..

Beberapa hari belek blog Kak Ju,terberhenti lama dekat entry
yang ni.menarik.about Surah As-Saff. Kak Ju dapat
dari sahabat dia apa yang sahabat dia borakkan, And I’m continuing the chain!!
Haha..
8.20pm wednesday, 30th january 2008:-
zulkarnain: Ana nak tulis buku - Surah As-Shaff - Deklarasi Gagasan Allah
zulkarnain: satu surah as-shaff kalau ditafsir di renung dalam2... 200 pages pun tak habis
zulkarnain: 200 pages nak hurai
zaid: hm?
zaid: surah as-saff byk ayat psl perjuangan
zaid: ape lg yg bleh di-extract
zulkarnain: Bukan itu sahaja
zulkarnain: panjang kisahnya
zulkarnain: tengok bebetul
zulkarnain: secara kritis
zulkarnain: ana dah hafal dan belajar dari sekolah hidayah
zulkarnain: tapi bila nganggur kat sini
zulkarnain: ada banyak masa membaca
zulkarnain: bila baca
zulkarnain: nampak betapa cantik
zulkarnain: struktur
zulkarnain: halus
zulkarnain: indah
zulkarnain: tadabbur bebetul
zaid: btau la
zulkarnain: 1. Ayat tersebut Allah mulakan dengan pujian
zulkarnain: dan declaration of pemilikan Alam ini oleh allah
zulkarnain: Baca sekali memang tak nampak
zulkarnain: Kalau renung bebetul...
zulkarnain: Alam ini apa ada?
zulkarnain: Langit dan Bumi
zulkarnain: Trump tower
zulkarnain: Apple computer
zulkarnain: Awek2 yang cun
zulkarnain: microphon £4000
zulkarnain: speaker £7000
zulkarnain: filem yang berjuta2
zulkarnain: multi billion aset of a company
zulkarnain: semuanya milik Allah
zulkarnain: Cuba bayang
zulkarnain: semua yang kita ngidam2...
zulkarnain: tu rupanya Allah yang punya
zulkarnain: Amik dari angle - apa bestnya dunia ni
zulkarnain: memang best!
zulkarnain: tapi rupanya, itu Allah yang punya
zulkarnain: Hang boleh la hurai dari sudut apa yang hang suka
zulkarnain: ana suka media2 dan studio
zulkarnain: serta ngidam nak jadi billionaire
zulkarnain: rupanya
zulkarnain: itu Allah yang punya semuanya
zulkarnain: Thenzulkarnain: ayat kedua
zulkarnain: Allah warning
zulkarnain: Allah warning bukan bererti Allah marah dan reject terus orang yang beriman
zulkarnain: Warning, kenapa cakap tak serupa bikin...
zulkarnain: Ayat kedua ini boleh dihurai dari aspek kepimpinan
zulkarnain: Di mana, kita selalu bercakap sahajazulkarnain: dalam organisasi, famili, kawan2
zulkarnain: banyak cakap dan berjanji
zulkarnain: Tapi tak ada result... dan tak berusaha ke arah mewujudkan results tersebut
zulkarnain: cakap dan komen sahaja pandai
zulkarnain: so allah warning
zulkarnain: Allah terus terang cakap dia tak suka
zulkarnain: Then selepas Allah warning
zulkarnain: Allah 'pujuk' balik orang2 Beriman
zulkarnain: Sememangnya Allah adalah tempat orang beriman bermanja2...
zulkarnain: Allah cakap dalam Ayat 4 kalau tak silap
zulkarnain: Allah suka orang yang berjihad di jalannya
zaid: dude u should totally write all these in blog
zaid: takpun in mel listzulkarnain: Yup
zaid: rugi la tulis sini je...me sorg je bace
zulkarnain: ana nak tulis buku
zulkarnain: nak amik asbab nuzul
zulkarnain: kenapa Allah bagi warning
zulkarnain: sebab ada orang janji nak pi perang
zulkarnain: dan hadith
zulkarnain: Tapi nak cakapnya
zulkarnain: Struktur ayatzulkarnain: As-Shoof
zulkarnain: macam Piramid
zulkarnain: Di Mulakan dengan Skop yang luas
zulkarnain: Dunia
zulkarnain: Allah wants to bring a big picture
zulkarnain: about hakikat
zulkarnain: kehidupan dan mulkah
zulkarnain: * yakni pemilikan
zulkarnain: Then
zulkarnain: Allah ketuk hati orang beriman
zulkarnain: dengan targhib wa tarhib
zulkarnain: marah, kemudian sayang
zulkarnain: Then Allah cerita pasal perangai2 umat musa dan Isa
zulkarnain: dan cerita wujudnya ancaman
zulkarnain: iaitu yuridu liyutfi'u nurallah
zulkarnain: mereka nak tutup cahaya Allah
zulkarnain: then Allah dah janji
zulkarnain: camne diorang buat
zulkarnain: Project Allah ni akan terus berjalan
zulkarnain: Lepas tu masuk skop agenda umat Islam pula
zulkarnain: Allah tanya
zulkarnain: Nak terlibat dalam perniagaan tak?
zulkarnain: perniagaan tu
zulkarnain: Allah dah nyatakan pulangan2 dia
zulkarnain: iaitu di akhirat lepas dari azab
zulkarnain: 2nd,zulkarnain: Masuk syurga plak
zulkarnain: 3rd, kat dunia dapat pertolongan pula
zulkarnain: iaitu kemenangan di waktu yang terdekat
zulkarnain: maknanya nilah investment dan perniagaan yang paling best
zulkarnain: kalau dikupas dari aspek financial
zulkarnain: dia ada pulangan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang
zulkarnain: sederhana, i mean, bila kita mati, confirm terlepas dari siksa neraka
zulkarnain: jangkamasa panjang - Bukankah syurga itu berkekalan?
zulkarnain: dan akhir sekali
zulkarnain: Allah suruh kita buat decision
zulkarnain: "Jadilah kamu seperti Hawari yang menyahut seruan Isa utk menjadi Ansarullah!"
zulkarnain: It's all about decision
zulkarnain: Nak ke tak nak
zulkarnain: Allah dah cerita dah semua.... sejelas2nya
zulkarnain: nak ke tak nak
zulkarnain: dan in fact kalau faham surah as soff keseluruhannya
zulkarnain: Allah dah nyatakan Allah tetap menyempurnakan Agama Allah
zulkarnain: Kalau kita tak nak
zulkarnain: Kita rugi sendiri
zulkarnain: Project Mega ini tetap berjalan
zulkarnain: sapa nak invest & join this trading untung
zulkarnain: sapa tak mau, sendiri rugi
zulkarnain: Sebenarnya banyak angle yang boleh kupas
zulkarnain: Wallahu’alam
zulkarnain: Bermula dengan big picture --warning--- Allah shows, kena strategize, binaan yang kokoh--perangai orang yang sebelum kita (umat musa)-- serta pengikut isa yang kufur--- mereka akan mewujudkan pembohongan2 agama Allah--janji Allah--- tawaran Allah pada kaum muslimin--- ending with a decision
zaid: masya Allah...excellent
Subhanallah....(*kagummm)
Jujur bagitau,I just noticed kewujudan this surah masa kat KMJ.terukkan? setelah
sekian lama baca Quran,baru berminat nak amik tau after imam subuh baca surah
nih semasa rakaat pertama dan menangis bila start mengalunkan ayat ke 4 surah
ni. Then seorang akhowat bagitau yang dia teringatkan saudara-saudara kita diPalestin .subhanallah..no wonderlah dia sangat bersemangat time baca Qunut Nazilah…and now,skop pemahaman somehow bertambah…insyaAllah…

Monday, October 6, 2008

Graf iman..yang jatuh!

Kutitipkan tekad untuk mujahadah,
Namun graf iman itu sentiasa berubah,
Terkadang ianya di atas,
seringnya ia dibawah.

Dimanakah Dikau, di sudut hatiku?
Apa yg menghijabku, dari sinar cintaMu?
Ya Allah tolonglah, aku benar-benar tak mampu
With all my heart,Rabbi…I really need You
Part of poem created by Kak Hana..yang mana betul2 lekat pada diri sekarang ini..err,mungkin lagu Sesungguhnya by Raihan nih lebih dekat dengan keadaan diri sekarang ini...
Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Alloh
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu
"Iman itu boleh bertambah dan berkurang..bertambahnya dengan amal ibadat,dan berkurangnya dengan maksiat.."
Dalam setiap langkah perjalanan kehidupan,pastinya akan ketemu dengan beberapa ulangan naik-turun graf iman..dan setiapkali ianya jatuh,setiapkali itulah juga perlu bermujahadah untuk naikkan ianya semula.PAYAH.tapi MESTI.
Moga langkah kearah pencarian "cinta kelas pertama" membuahkan hasil..
Rabbi,ku perlu cintaMu!

Wednesday, September 3, 2008

3 HARI DI AWAL RAMADHAN

Alhamdulillah bi-iznillah kerana dapat berpuasa di hari ketiga ramadhan. Semalam, lebih kurang 2 jam selepas mendengar presentation selama hampir 5 jam flat dari rakan-rakan di bilik seminar berkenaan dengan unit kesihatan di kawasan pedalaman, saya pun keluar dengan seorang sahabat ke pekan Tg karang. Tujuan sebenar bagi mencari barang untuk menggantikan barang yang telah rosak. So terpaksalah kami redah dari satu kedai ke kedai yang lain. Cumanya, apabila tiba di satu kedai, muka saya berubah. Tak mampu untuk ditarik ceria seperti sebelumnya. Mendengar lagu yang berkumandang, mendidih telinga rasanya. Ingin sahaja dijerit masa itu supaya lagu tersebut dihentikan. “Baru 2 hari puasa!!!! takkan dah keluar lagu raya????” Sungguh menyedihkan. Takkan kalian tidak gembira dengan kehadiran ramadhan? Huh, umat zaman ini. Terlintas difikiran masa itu bait-bait lirik lagu RAMADHAN 2 ZAMAN dendangan Kumpulan The Zikr. Somehow its true...

Ramadhan Satu Nasib Tak Serupa
Peluangnya Sama Natijah Berbeza

Ramadhan Mereka Gemilang Cemerlang
Mukmin Berjasa Di Awal Zaman
Ramadhan Kami Malang Terbuang
Muslim Berdosa Di Akhir Zaman

Mereka Gembira Dengan Kedatanganmu
Kami Gembira Dengan Pemergianmu

Malam Mereka Meriah
Disimbah Nur Al-Quran
Tapi Malam Kami
Muram Berkabung Dengkur

Mereka Berlumba Mengejar Makrifat
Tapi Kami Lesu Diburu Nafsu

Hati Mereka Bercahaya Digilap Taqwa
Jiwa Kami Gelap Didera Dosa

Takbir Mereka Takbir Kemenangan
Hadiah Mujahadah Sebulan Ramadhan
Takbir Kami Lesu Tak Bermaya
Tanda Kalah Lemah Tak Berdaya
Puasa Sekadar Lapar Dan Dahaga

Umat zaman ini...bilakah mungkin kita kembali seperti mereka yang dahulu....
.:ANTI LAGU RAYA MODE:.

Renungan Ramadhan

#Copy and Paste dari Blog JIM johor..

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Allah swt berfirman, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah
puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba.

Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya
”
(Surah al-Qalam:34)

“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
.”
(Surah ali-Imran: 133)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-
Quran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa
. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi.
Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan
keluar
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka
.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu
”
(Surah al-Hujurat: 13)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan
bantuan sejak di dunia lagi.

Pasti untuk memperolehinya agak sukar.

Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.


AlFaqir Ilallah,
Omar Yaakob
Johor Bahru
Aug 18

Moga kami menjadi PilihanMu ya Rabb. sebagai hamba yang Kau limpahkan nikmat dalam beribadah dibulan Mulia ini.

Thursday, August 28, 2008

MOGA IMAN MENDAHULUI PENULISAN...

Bismillahirrahmanirrahim..

Saidah ambil masa yang lama untuk berfikir either nak create blog atau tak..mahu sangat untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain..but then,memandangkan setiap yang ditulis itu akan dipersoalkan kelak..plus with fikrah yang masih dalam pembentukan...sejauh manalah agaknya sumbangan blog ni nanti...

And hopefully, setiap kata2 dan apa yang disampaikan melalui blog ini, orang yang pertama sekali mengamalkannya ialah penulisnya sendiri...or peng”copy and paste”nya sendiri..dalam mencapai matlamat yang satu..M.A.R.D.H.A.T.I.L.L.A.H,insyaAllah.Ya Rabb,berikan kekuatan...

Beberapa masa yang lepas saya ada terbaca entry dari seorang ikhwah yang saya kagumi..fikrahnya. Berikut adalah hasil copy and paste nya..semoga bermanfaat..

Mengapa sesetengah orang kita sangat susah mendengar kata-kata yang baik darinya? Hati menolak bagai tidak mahu menerima kebaikan tersebut. Tetapi sebenarnya ianya adalah suatu fitrah manusia yang boleh digambarkan di dalam sebuah pepatah arab:

لسان الحال أقوى من لسان القول

"Lisan perbuatan adalah lebih kuat (kesannya) berbanding lisan kata-kata"

Maka tidak hairanlah Allah mengingati dengan ingatan yang tegas:

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Sangat besar kemurkaan di sisi Allah apabila kamu berkata sesuatu yang tidak kamu lakukan."

Sedikit.tapi memberi kesan yang mendalam.CUKUP dalam.