Bismillahirrahmanirrahim..
Saidah ambil masa yang lama untuk berfikir either nak create blog atau tak..mahu sangat untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain..but then,memandangkan setiap yang ditulis itu akan dipersoalkan kelak..plus with fikrah yang masih dalam pembentukan...sejauh manalah agaknya sumbangan blog ni nanti...
And hopefully, setiap kata2 dan apa yang disampaikan melalui blog ini, orang yang pertama sekali mengamalkannya ialah penulisnya sendiri...or peng”copy and paste”nya sendiri..dalam mencapai matlamat yang satu..M.A.R.D.H.A.T.I.L.L.A.H,insyaAllah.Ya Rabb,berikan kekuatan...
Beberapa masa yang lepas saya ada terbaca entry dari seorang ikhwah yang saya kagumi..fikrahnya. Berikut adalah hasil copy and paste nya..semoga bermanfaat..
Mengapa sesetengah orang kita sangat susah mendengar kata-kata yang baik darinya? Hati menolak bagai tidak mahu menerima kebaikan tersebut. Tetapi sebenarnya ianya adalah suatu fitrah manusia yang boleh digambarkan di dalam sebuah pepatah arab:
لسان الحال أقوى من لسان القول
"Lisan perbuatan adalah lebih kuat (kesannya) berbanding lisan kata-kata"
Maka tidak hairanlah Allah mengingati dengan ingatan yang tegas:
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Sangat besar kemurkaan di sisi Allah apabila kamu berkata sesuatu yang tidak kamu lakukan."
Sedikit.tapi memberi kesan yang mendalam.CUKUP dalam.
0 comments:
Post a Comment