This was something I never wanted,Letting go of my best friend's hand.Tears are the words I just can't say,As she tells me I have to understand.Late night discussions of everything,All seem to be coming to an end.So does counting on each other most.I'll never find similar best friend.Struggles just became to hard I guessToo many words were left unspokenBut too late to try and fix this now,The best friendship I ever had, broken.
Tuesday, October 27, 2009
Broken
Posted by SaidahMadihahHashim at 1:36:00 PM 5 comments
Labels: Ukhuwwah
Thursday, October 22, 2009
Salute!
Semua pun maklum, fungsi masjid pada zaman Rasulullah sangat pelbagai..dan tak restricted macam sekarang...
Masjid Jamek Bandar Baru Uda (BBU),Johor Bahru.. boleh lihat secara detail tentangnya disini. Bangunannya biasa saja..macam masjid2 di tempat lain. tapi fungsinya, masyaAllah..proaktif sungguh..
Antara aktiviti dan program pengimarahan yang dilaksanakan:-
- pelbagai bentuk majlis ilmu seperti kuliah Maghrib dan Subuh, kelas mengaji Muqaddam dan Al-Quran, Kelas Tahfiz Al-Quran, Kelas Seni Khat, Kelas Bahasa Arab, Kelas Tafakuh Wanita, Ceramah Hari-Hari Kebesaran, Membudayakan Al-Quran, Membudayakan As-Sunnah, program Tadarus dan Khatam Al-Quran,etc.
- Pusat Pengembangan Seni Khat dan Tulisan Jawi yang menawarkan khidmat dan bimbingan untuk mengajar tulisan-tulisan khat dan jawi kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini
- Mewujudkan program kitar semula dengan hasilnya diserahkan kepada Masjid
- Bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk mengadakan Bazar Ramadhan sepanjang hari di Bulan Ramadhan
- Menubuhkan Kelab Warga Emas dengan hasrat untuk menarik seramai mungkin ahli qariah warga emas di Bandar Baru UDA ini supaya dapat dijalankan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh memberi manfaat kepada mereka, hasil kerjasama dengan Pusat Dialisis dan Kesihatan Masjid ini. Di antara program yang giat dijalankan adalah program-program pendidikan dan bimbingan kesihatan bagi warga emas setempat
- Menubuhkan Kelab Sukarelawan Masjid pada Februari 2007 yang diwujudkan dengan matlamat untuk menarik seramai mungkin ahli qariah untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan oleh Masjid ini. Di antaranya adalah program lawatan dan menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya kepada para pesakit, dan membuat kunjungan ke rumah qariah yang uzur dan sakit
- Menerbitkan Buletin Al-Bayan yang memiliki sidang redaksinya sendiri dengan kekerapan penerbitan sebanyak tiga bulan sekali. Buletin ini diterbitkan untuk menyebarkan maklumat rancangan dan aktiviti Masjid kepada ahli qariah selain berfungsi sebagai media dakwah kepada masyarakat. Selain penerbitan buletin ini, Masjid ini juga ada menerbitkan kalendar dan taqwim tahunan, kad hari raya dan sebagainya, yang kesemua hasilnya dikembalikan kepada Masjid
- Aktif mengadakan pelbagai bentuk program belia dan remaja seperti kem motivasi, kursus perkahwinan, ceramah kerjaya, menganjurkan pelbagai kejohanan sukan, aktiviti rehlah remaja dan sebagainya.
- Sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menganjurkan pelbagai program bimbingan seperti kelas-kelas tiusyen bagi golongan pelajar yang tidak berkemampuan, bengkel teknik menjawab soalan bagi pelajar SPM, solat Hajat bersepadu dan program-program pendidikan lain bagi pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM
- Aktif mengadakan lawatan kerja ke pelbagai tempat dan negeri dengan tujuan mencari idea dan pendekatan terkini tentang apakah lagi aktiviti-aktiviti lain yang sesuai untuk dilaksanakan di Masjid ini yang berupaya memberi manfaat kepada ahli qariah
- MJBBU Catering terlibat dalam menyediakan jamuan dan kemudahan peralatan kerusi meja bagi menjayakan majlis perkahwinan untuk masyarakat setempat
- Dengan kerjasama Pusat Dialisis & Kesihatan Masjid ini dan Persatuan Bantuan Sukarela (Voluntary Aids Detachment), Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Masjid ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 April 2008 dengan nombor pendaftarannya JH (PBS) 132
Di BBU ini, sebenarnya penduduknya terdiri dari pelbagai latarbelakang status kewangan..err,faham ke? so yang kaya tapi bz dan dermawan..menyumbang untuk memastikan kelangsungan aktiviti... dan yang kurang mampu untuk derma wang tapi kaya tenaga,mereka menyumbang tenaga untuk perencanaan dan pelaksanaan program.. Dan yang lain, yang tak terlibat apa2, datang untuk mengimarahkan masjid.. cantik,bukan?
Fungsi masjid bukanlah pada ibadah ritual semata...and honestly ini pertama kali saya nampak fungsi masjid yang sungguh cantik usahanya utk mempelbagaikan fungsi masjid, di zaman saya ni (heh..correct me if I'm wrong..probably banyak je lagi masjid lain yang saya jer taktahu). And last week kalau tak silap, TV3 acknowledge this masjid as masjid contoh kat Malaysia.. mudah2an banyak lagi yang menyusul...
And untuk melihat lebih banyak lagi masjid yang mempelbagaikan fungsinya, dimana letaknya fungsi saya, dan kamu, dan kita semua? hurm...
Posted by SaidahMadihahHashim at 6:04:00 PM 4 comments
Labels: Langkah bermula
Monday, October 19, 2009
cakap-cakap manusia
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, anaknya sendiri dibiarkan berjalan kaki, sedangkan ia sendiri naik himar...!!!"
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya, dengan harapan supaya mereka diam. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai. Sungguh bodoh mereka berdua"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Posted by SaidahMadihahHashim at 12:08:00 AM 2 comments
Wednesday, October 7, 2009
waktu surut..
Posted by SaidahMadihahHashim at 5:54:00 PM 0 comments
