Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah
mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.
Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun
keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa
penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu
berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan
buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah
menghisab di atas usaha dan niat kita.
Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada
bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan
atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari
Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hayatilah firman Allah;
"Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang
bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu
dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain
ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam
urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka
pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan".
Ali Imran : 146
Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri
daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar,
merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan;
iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan
berbahagia
-petikan buku, jalan dakwah, Bab akhir.
-petikan buku, jalan dakwah, Bab akhir.
Ar rajulu ‘ala dini khalilihi falyanzur ahadukum, maiyu khalil
“A person will follow the lifestyle of his friend, thus beware of whom you are befriending with.”
" Seseorang itu akan mengikut gaya hidup kawannya, maka berhati-hatilah dengan siapa kamu berkawan"
0 comments:
Post a Comment