BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 6, 2009

Ibrah dari posting paediatrik




Situasi 1
Bayangkan, dalam tempoh mengandung, seorang ibu diuji dengan maternal infection,air ketuban pecah awal, dan bayi lahir pra-matang dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan jangkitan.


Situasi 2
Boleh jadi seorang Ibu diuji dengan Preganancy induced hypertension (darah tinggi ketika mengandung) tanpa masalah lain tatkala mengandung, tetapi when she is in active phase of labour (tahap untuk bersalin), berlaku peningkatan mendadak pada tekanan darah, and CTG noted there is fetal distress. EMLSCS was done, Baby resuscitated and baby's APGAR SCORE sangatlah rendah. bayinya terdedah kepada beberapa komplikasi selepas itu.


Situasi 3
Mungkin juga Ibu yang mengandung tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang kandungannya. Boleh jadi ibu tiada penyakit atau unnoticed of any penyakit sebelum atau semasa mengandung. Bayi lahir secara normal, tanpa sebarang komplikasi. Ketika bayi lahir, cord blood was taken and serum TSH (salah satu indikasi untuk masalah hypo/hyperthyroid) was found to be low (probably hypothyroid). Congenital hypothyroid occur, boleh jadi disebabkan sama ada investigation result tadi was neglected by health personnel, atau disebabkan oleh parents yang kurang alert pada their child’s compliance towards medication.
And congenital hypothyroid adalah salah satu penyebab kepada global developmental delay. And that affects that child’s development throughout his/her life.

Situasi 4
Seorang ibu tidak diuji dengan apa2 masalah ketika mengandung ,semasa atau selepas bersalin. Proses pembesaran anaknya dijaga rapi ibarat menatang minyak yang sangat-sangat penuh. Tapi dalam tempoh awal tumbersaran anaknya, berlaku trauma/accident pada anaknya dan anaknya diuji dengan cerebral palsy akibat dari peristiwa tersebut.
----


Sekadar memetik hanya beberapa situasi dari kebanyakan contoh situasi lain (yang tersangatlah banyak)..

Sedarkah kalian, at any point of our life, (either antepartum/intrapartum/postpartum—dari dalam tempoh dalam perut ibu,semasa dalam proses kelahiran,ataupun selepas lahir), Allah boleh menguji kita dengan apa juga bentuk ujian (fokus sini berkaitan penyakit). Kerana sungguh-sungguh,Dia SANGAT-sangat mampu!
Boleh jadi, sesuatu penyakit tu boleh dapat semasa dalam kandungan lagi, ataupun…mungkin semasa kandungan langsung tiada masalah, tapi berlaku poor delivery (semasa kelahiran) yang menyebabkan komplikasi..ataupun, mungkin penyakit boleh terjadi/dikesan hanya selepas kelahiran..ataupun,setelah umur smakin meningkat.. nampak kan..at any point, boleh jadi apa sahaja 'error'…


And above all penyakit yang pernah dijumpa di wad, tiada yang lebih mengharukan bila melihat anak2 yang diuji dengan Cerebral palsy.



---

Alhamdulillah..
walhamdulillah…

Sehingga ke tahap sebesar ini (mengikut ukuran usia), kebanyakan antara kita tidak diuji dengan ujian sedemikian rupa. Mungkin bahagian ujian untuk kita Allah hadirkan dalam bentuk berbeza-beza..sesuai dengan kemampuan kita, dengan sifat Al-‘Adl dan sifat Al-Hakeem Nya..
Boleh jadi juga kita belum diuji dengan ujian penyakit yang kita tak tahu bila tiba masanya..Maka memang patut sangatlah Nabi saw ingatkan kita supaya sentiasa beringat-ingat, tentang 5 perkara sebelum datang 5 yang lain.
Dan diperingatkan lebih kepada diri sendiri, dan yang lain2,
Pertingkatkanlah ibadah ..
laksanakan semampu boleh segala perintah Allah..
hindarkan semampu boleh segala laranganNya..

Sebelum tiba masanya,apabila datang ujian tersebut, segala kemudahan yang kita nikmati sekarang ditarik, dan untuk beribadah lebih terasa lebih rumit (heh,walaupun itu sepatutnya bukan alasan utk xberibadat—tapi memang rumitlah..cakap senanglah,sebab tak pernah alami—tapi memang tak boleh jadikan itu alasan pun kan?huh..-tapi..tapi..dan tapi...haish..manusia nih mmg banyak alasannya...!)

---


Melihatkan satu persatu parents yang duduk di wad, datang ke klinik dengan semangat yang kuat serta kesungguhan yang tinggi untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka (semoga Allah berikan mereka kekuatan) yang diuji dengan pelbagai jenis penyakit,
makes me realized, hebatnya penciptaan Allah atas hambaNya yang diberi amanah menjawat jawatan ayah dan ibu. And kita ni should be thankful kerana Allah kurniakan 2 insan-paling baik, wujud dalam hidup kita --our parents coz melalui mereka kita dapat merasa, few percent(kuantiti yang sangatlah kecil) daripada keluasan kasih sayang dariNya. Setiap kali bila datangnya sakit..kerisauan mereka-dahi mereka paling banyak berkerut, tidur tak cukup, makan kita yang diutamakan, berusaha dapatkan rawatan terbaik-boleh jadi ke private specialist eventhough simpanan di bank tak membenarkan..boleh jadi mereka merayu kat TV,bekerja lebih masa untuk gain money,etc..etc..MasyaAllah..(semoga Allah ganjari mereka kebaikan yang banyak)..huh,itu baru tentang sakit..terlalu banyak sangat kebaikan yang kita terima dari ibubapa, yang sebenarnya adalah percikan sifat Ar-RahimNya which sometimes kita pejamkan..or take it for granted...alah,dah tanggungjawab mereka,katanya...hurmmm..

Dalam surah Luqman :14, Allah menyebut,
Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu, dan kepada kedua org tuamu. Hanya kepadaKu kamu dikembalikan

Dan atas segala kesusahan dan kebaikan mereka,maka Allah ajari kita berdoa untuk mereka dengan doa,
Ya Tuhan ku, Sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu aku masih kecil .." (17:24)




---

Sikap seorang muslim yang benar, hendaklah dia selalu melihat orang di bawahnya dalam masalah harta dan dunia.
Suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyampaikan nasehat kepada Abu Dzar. Abu Dzar berkata,
Kekasihku yakni Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintah tujuh perkara padaku, (di antaranya): [1] Beliau memerintahkanku agar mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, [2] beliau memerintahkanku agar melihat orang yang berada di bawahku (dalam masalah harta dan dunia), juga supaya aku tidak memperhatikan orang yang berada di atasku. ...” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Bersyukurlah…

Tak kira siapa pun kita hari ini, apa pun juga kesusahan kita, mesti ada orang lain dibawah kita yang kita patut realize yang kita jauh lebih beruntung dari mereka. Tak perlu jadi seorang yang hebat dari segi fizikal,pangkat,harta mewah yang berlebih-lebihan...kamu patut beruntung sebab kamu belum/tak diuji dengan penyakit yang severe seperti setengah yang lain. And if mereka yang diuji pula, patut bersyukur kerana meskipun diuji dengan penyakit2, Allah masih kurniakan ‘2 malaikat’ untuk memberi perhatian yang lebih,menjaga,memberi support, and berusaha untuk kesihatan kalian. And kalau tiada pun, masih patut lagi bersyukur, kerana kalian bukanlah mangsa buangan semasa kalian kecil yang dijumpai di stesen LRT,kawasan semak-samun, ataupun dalam tong sampah! and if pernah menjadi mangsa buangan ibubapa pun, mesti juga bersyukur sebab kalian masih diberi peluang untuk merasa nikmat dunia, bukannya diflush di toilet bowl,dibunuh dengan sekejam2nya.

***


Andai kita menjadi seorang yang lebih prihatin, kita boleh merasa, pada setiap masa yang bergerak, wujud tiupan kasih-sayang Allah pada kita..


mesti ada..pasti ada..


cuma kita perasan atau tidak...


hargai atau tidak...




-----

Maka apabila ditanya betubi-tubi-berulang kali dalam surah ar-Rahman,
Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?”


.....

............

................................


memang takkan jumpa pun jawapannya.

-----------------------------------------------------------------------------

Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (Ali-Imran:191)

0 comments: