BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 20, 2010

"rehatkan kami dengan solat.."

kisah 1;
semasa saidina umar mengimamkan para sahabat solat subuh berjemaah, seorang pemuda parsi bernama Abu Lu'lu'ah menikam beliau menggunakan pisau. para jemaah masa tu dah nak berhenti solat, tapi saidina umar yang jatuh rebah terus menarik sahabatnya, Abd Rahman bin Auf untuk menggantikan dirinya mengimamkan solat.
Bila saidina umar sedar semula, dalam keadaan yang sangat tenat, soalan pertama yang ditanya pada sahabatnya, "sudahkah kalian mengerjakan solat?"  kemudian diminta pula air dari anaknya, berkata anaknya, "wahai ayahku, telah ku berikan engkau susu untuk kau minum sebentar tadi, tetapi kesemuanya telah keluar dari perutmu, apakah masih lagi mahu kau minum?" jawab Umar, "Aku inginkan air bukan untukku minum, tapi untuk berwudhu', kerana aku ingin mengerjakan solat.."

kisah 2;
Syeikh Ismail Hamdi pernah berjalan bersama Imam Hassan Al-Banna di Mesir. Setelah berjalan panjang, tibalah waktu solat Isya'. Imam Hassan Al-Banna berkata kepada syeikh Ismail Hamdi, " Saya sangat letih, jadilah kamu imam". Maka Syeikh Ismail ke depan untuk mengimamkan solat, dan solat dengan surah yang pendek-pendek. Selesai solat, imam Hassan Al-Banna pun bertanya, "kenapa kamu menggunakan surah yang pendek-pendek?" Jawabnya, "..kerana tuan mengatakan 'saya letih sekali', maka saya membaca surah pendek-pendek untuk meringankan tuan".
Lalu imam hassan Al-Banna berkata, " Wahai saudaraku, suatu ketika dulu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata kepada Bilal, " Hai Bilal, bangunlah untuk azan, dan rehatkanlah kami dengan solat." Baginda tidak berkata, "Hai Bilal, rehatkanlah kami dari solat"


so,
  sepenat mana sekalipun
menapaklah untuk berwudhu' 
dan berehatlah dengan mengerjakan solat.

0 comments: