BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 20, 2010

"rehatkan kami dengan solat.."

kisah 1;
semasa saidina umar mengimamkan para sahabat solat subuh berjemaah, seorang pemuda parsi bernama Abu Lu'lu'ah menikam beliau menggunakan pisau. para jemaah masa tu dah nak berhenti solat, tapi saidina umar yang jatuh rebah terus menarik sahabatnya, Abd Rahman bin Auf untuk menggantikan dirinya mengimamkan solat.
Bila saidina umar sedar semula, dalam keadaan yang sangat tenat, soalan pertama yang ditanya pada sahabatnya, "sudahkah kalian mengerjakan solat?"  kemudian diminta pula air dari anaknya, berkata anaknya, "wahai ayahku, telah ku berikan engkau susu untuk kau minum sebentar tadi, tetapi kesemuanya telah keluar dari perutmu, apakah masih lagi mahu kau minum?" jawab Umar, "Aku inginkan air bukan untukku minum, tapi untuk berwudhu', kerana aku ingin mengerjakan solat.."

kisah 2;
Syeikh Ismail Hamdi pernah berjalan bersama Imam Hassan Al-Banna di Mesir. Setelah berjalan panjang, tibalah waktu solat Isya'. Imam Hassan Al-Banna berkata kepada syeikh Ismail Hamdi, " Saya sangat letih, jadilah kamu imam". Maka Syeikh Ismail ke depan untuk mengimamkan solat, dan solat dengan surah yang pendek-pendek. Selesai solat, imam Hassan Al-Banna pun bertanya, "kenapa kamu menggunakan surah yang pendek-pendek?" Jawabnya, "..kerana tuan mengatakan 'saya letih sekali', maka saya membaca surah pendek-pendek untuk meringankan tuan".
Lalu imam hassan Al-Banna berkata, " Wahai saudaraku, suatu ketika dulu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata kepada Bilal, " Hai Bilal, bangunlah untuk azan, dan rehatkanlah kami dengan solat." Baginda tidak berkata, "Hai Bilal, rehatkanlah kami dari solat"


so,
  sepenat mana sekalipun, 
menapaklah untuk berwudhu' 
dan berehatlah dengan mengerjakan solat.

sulit, mudah, ridhaNya

satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
“alangkah beratnya.. alangkah banyak rintangan..
alangkah berbilang sandungan.. alangkah rumitnya.”
***
aku bertanya, “lalu?”
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
“apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?”
“hanya karena itu kau menyerah kawan?”
aku bertanya meski tak begitu yakin apakah aku sanggup
menghadapi selaksa badai ujian dalam ikhtiar seperti dialaminya
“yah.. bagaimana lagi? tidakkah semua hadangan ini pertanda bahwa
Allah tak meridhainya?”
***
aku membersamainya menghela nafas panjang
lalu bertanya, “andai Muhammad, shallaLlahu ‘alaihi wa sallam berfikir
sebagaimana engkau menalar, akan adakah islam di muka bumi?”
“maksudmu akhi?”, ia terbelalak
***
“ya. andai muhammad berfikir bahwa banyak kesulitan
berarti tak diridhai Allah, bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?”
***
ada banyak titik sepertimu saat ini, saat muhammad
bisa mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar
mungkin saat dalam ruku’nya ia dijerat di bagian leher
mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
mungkin saat ia bangkit dari duduk lalu dahinya disambar batu
mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun, dan tukang sihir
mungkin saat ia dan keluarga diboikot total di syi’b Abi Thalib
mungkin saat ia saksikan sahabat-sahabatnya disiksa di depan mata
atau saat paman terkasih dan isteri tersayang berpulang
atau justru saat dunia ditawarkan padanya; tahta, harta, wanita..”
***
“jika muhammad berfikir sebagaimana engkau menalar
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?
tapi muhammad tahu kawan
ridha Allah tak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya”
***
“ridha Allah terletak pada
apakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua itu
apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan..”
***
-Salim A. Fillah-


*pada saat diri rasa tak bersedia, 
tak layak,
tak mampu,
untuk ke professional exam,
jadi next doctor,
jadi murobbi yang baik.

Saturday, September 18, 2010

Filtration(s)





Pernah suatu hari, Abu Bakar AsSidiq menemui Handzalah AlUsaidi seraya berkata,
 "Bagaimanakah kamu pada hari ini ya Handzalah?".
 Lalu jawab Handzalah, "Handzalah telah menjadi munafiq!". 
Abu Bakar berkata, "Maha suci Allah, apakah yang telah kamu rasakan ini?".
 Jawablah Handzalah, "Ketika berada di sisi Rasulullah, baginda mengingatkan kita tentang syurga dan neraka sampai seakan-akan kita melihatnya dengan mata kepala kita sendiri. Namun, di saat aku telah keluar dari sisi Rasulullah, aku disibukkan dengan isteri, anak-anak dan harta bendaku. Sehingga aku menjadi lupa."
 Terus berkata Abu Bakar, "Demi Allah, aku juga merasakan seperti itu!"

Kemudian, Handzalah dan Abu Bakar pergi menghadap Rasulullah SAW dan berkata Handzalah,

 "Ya Rasulullah, Handzalah telah menjadi munafiq!".
 Maka bertanya Rasulullah kepadanya, "Bagaimana itu?".
 Lalu jawab Handzalah, "Wahai Rasulullah, apabila kami berada di sisimu, engkau mengingatkan kami dengan neraka dan syurga sampaikan seakan-akan kami melihatnya secara langsung. Tetapi apabila kami keluar dari sisimu, kami telah disibukkan dengan isteri dan anak-anak serta harta benda kami sehinggakan kami banyak lupa."

Maka, bersabda baginda SAW:
Demi yang jiwaku di tanganNya, seandainya kalian senantiasa seperti keadaan kalian ketika berada di sisiku, nescaya para malaikat akan menyalami kalian di atas tempat tidur dan di jalan kalian. Tetapi wahai Handzalah, sesaat sesaat." [Hadith Riwayat Muslim] (Ahli mufassirin menafsirkan 'sesaat, sesaat' sebagai fitrah manusia yang sesaat ingat dan di saat yang lain menjadi lupa)

Subhanallah, ikhwah dan akhawat sekalian. Betapa sensitifnya iman para sahabat, sehingga hati yang disibukkan dengan keluarga dan harta, hati yang menjadi lupa kepada bayangan syurga dan neraka terus dikatakan munafiq. Mari kita tanya,
bagaimanakah iman kita? Pulang ke rumah dikatakan kerehatan.. Lupa sekali sekala dikatakan kebiasaaan. "Lumrahlah, iman kan turun naik!", menjadi alasan.

Ikhwah dan akhawat sekalian, menjadi kader dakwah sebenarnya menyediakan diri kita untuk
sentiasa berhadapan dengan saringan Allah. Saringan sentiasa berjalan. Adakah kita kader yang menepati muwasofat mustawa kita? Adakah kita du'at yang apabila diberi amanah, kita lakukan sebaiknya? Ataukah kita jundi yang apabila diminta menyampaikan tazkirah di hadapan, hati kita terdetik, "Aku lebih berilmu daripada kawan-kawan"? Atau apabila kita dilantik menjadi ketua, kita menerima dengan hati yang bangga, "Aku sudah lama di lapangan da'wah". Atau apabila diminta menghadiri program tarbawi, kita hadir dengan tujuan agar murobbi nampak kelibat kita. Atau kita menjadi imam dalam qiamullail dan solat fardhu agar orang mengagumi hafazan kita? Atau kita adalah akh yang menuding jari kepada teman-teman seangkatan yang diuji dengan kelekaan seraya mengatakan, "Sesungguhnya mereka telah futur, dan aku masih lagi berada di jalan ini" dengan penuh bangga sedangkan di saat itu Allah sedang menyaring dan menguji hati kita?
Medan da'wah adalah medan saringan. Ada yang syahid di pertengahan jalan. Ada yang berpatah arang sebelum garisan. Kita mungkin pandai menuding jari kepada individu yang asalnya hebat, tetapi kini diulit urusan dunia. Kita terus menerus mengatakan mereka futur. Alangkah indahnya kalau hidup ini hanya hitam dan putih. Nilailah hati kita. Sentiasalah check iman kita. Berada di medan ini bukan satu jaminan untuk terus kukuh langkah di jalan ini. Ujian kita mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya kritikal di sisi iman. Ujian keikhlasan, kepatuhan, menjaga lidah, merendahkan diri, dan banyak lagi. Allah sedang menyaring kita dalam setiap urusan. Apabila bermuamalat, adakah hambaKu ini menjaga pertuturannya? Adakah pertuturannya menggambarkan peribadi mukmin? Apabila bermesyuarat, Allah sedang melihat, apakah hambaKu ini amanah dalam urusan dan masanya? Bagaimanakah ketaatannya kepada amir dan syura? Apabila tidurnya hambaKu yang mengatakan dirinya da'ie yang menyeru manusia ke jalanKu, adakah namaku meniti di bibirnya sebelum ia melelapkan mata? Murobbi yang petah berkata di hadapan khalayak, adakah apabila diamnya sebenarnya dia berzikir mengingatiKu?

Medan da'wah adalah saringan. Kalau sahabat mengatakan mereka munafiq hanya kerana terleka dengan keluarga, kita bagaimana? Sebelum terus melabel dan menghukum orang, ingatlah, satu jari dituding kepada seseorang, sekurang-kurangnya 3 jari menuding kepada diri kita sendiri. Sejauh mana kita sentiasa memeriksa label iman kita? Kita mengimpikan maghfirahNya, jannahNya, mardhatillah, tetapi untuk mencapai semua itu, iman yang bagaimanakah yang ingin kita persembahkan untuk dijadikan tukar ganti hadiah Allah yang agung itu? Kita inginkan kemenangan Islam, tetapi iman bagaimanakah yang membolehkan kejayaan Islam tercapai?

Ikhwah dan akhawat sekalian..

Kembalilah kepada tarbiyyah. Da'wah adalah tarbiyyah. Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyyah. Tarbiyyahlah insya'Allah akan mendidik kita untuk melepasi saringan di medan da'wah satu per satu. Agar akhirnya, kita semua bersatu dalam jannahNya setelah melepasi dengan cemerlang segala saringan yang disediakanNya.

Ikhwah dan akhawat, semoga Allah sentiasa memelihara iman kita dan tiada satu saat pun yang Allah melepaskan iman kita dari genggamanNya. Sama-samalah kita sentiasa menjaga iman kita kerana iman-iman yang terjaga itu insya'Allah akan menjamin kemenangan Islam dan seterusnya melayakkan diri untuk berehat di jannahNya kelak.




...Betapa kita mengharapkan (jika boleh) agar hati-hati ini boleh ditunjukkan kepada seluruh umat ini supaya mereka boleh melihat bahawa apa yang ada didalam hati-hati ini hanyalah rasa kasih sayang kepada mereka, rasa simpati dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan mereka.
Moga-moga mereka turut sama merasai kesedihan yang menyelubungi hati ini kerana melihat segala yang berlaku kini. Namun kita yakin Allah mengetahui segala hakikat ini. Hanya Allah sahaja tempat kita mengharapkan segalabantuan. Hanya Allah sahaja yang memimpin kita ke jalan yang betul. Hanya ditangan-Nya sahaja segala kunci hati manusia. Orang yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sementara orang yangdisesatkan oleh Allah pula, tiada siapa yang dapat memimpinnya. Dialah tempatpergantungan kita dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allahyang melindungi para hamba-Nya?
petikan, majmuah rasail.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
***

Katakanlah ;

"Aku hanya bertujuan hendak melakukan pembaikan sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali" (Hud:88)

"Dan aku tidak meminta sesuatu imbalan kepadamu atas ajakan itu, imbalanku hanyalah dari Tuhan sekelian alam" (Asy-Syu'ara:145)


***

untuk diri saya;
Disaat engkau menjauh dari amanah.. dengan berbagai alasan.. sebenarnya, banyak  di luar sana yang alasannya lebih kuat dan masuk akal berkali-kali lipat dari mu.. tapi mereka sedar akan tujuan hidup.. mereka memang punya alasan.. tapi mereka tidak beralasan dalam jalan dakwah.. untuk Allah.. demi Allah.. mereka.. di saat lelah yang sangat.. masih menyempatkan diri untuk bangun dari tidurnya untuk tahajjud.. bukan untuk meminta sesuatu.. tapi mereka menangis.. curhat ke Allah.. berharap Allah meringankan amanah mereka.. mengisi perut mereka yang sering kosong kerana kehabisan duit untuk membiayai dakwah…

 Sungguh.. dakwah ini jalan yang berat.. jalan yang terjal.. Rasul berdakwah hingga giginya patah.. dilempari batu.. dilempari kotoran.. diteror.. ancaman pembunuhan….. dakwah ini berat.. dakwah ini bukan sebatas teori.. tapi pengalaman dan pengamalan… tak ada kata-kata ‘Jadilah..!’ maka hal itu akan terjadi.. yang ada ‘jadilah!’ lalu kau bergerak untuk menjadikannya. . maka hal itu akan terjadi.. itulah dakwah… ilmu yang kau jadikan ia menjadi…





Sunday, August 8, 2010

" ...Agar kamu bertaqwa" (2:183)

Bismillah.

Sesak dengan posting, bila sesekali berjumpa dengan akhawat lain, perkongsian mereka, dan keakhawatan mereka selalu akan makes me feel that I was left far behind.

Lajunya mereka dalam amal ibadah dan persiapan mereka untuk bertemu dengan ramadhan akan datang, buatkan saya menoleh sekejap kebelakang, mendongak, berfikir, ‘kemana dah saya bazirkan pada masa-masa saya yang lepas?’
huhu.  =.="


***

Counting days untuk bertemu ramadhan.
The month has come, untuk kita “menggemukkan pahala”.
1 pahala sunat bulan ramadhan= 1 pahala fardhu bulan lain

1 pahala fardhu bulan ramadhan = 70 pahala fardhu bulan lain

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rosulullah SAW bersabda: "Penghafaz Al-Qur’an akan datang pada hari kiamat, kemudian Al-Qur’an akan berkata : Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al-Qur’an kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah. Kemudian Al-Qur’an memohon lagi: Wahai Tuhanku , ridhailah dia, maka Allah SWT meridhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan terusilah mendaki (derajat-derajat syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan ( HR Tirmidzi, hadits hasan).

                                                                  credit to adik fuyuki

Okeh, kita punya misi besar. Pencarian bermula.
Semoga Allah bantu, kuatkan, dan permudahkan. amin.