BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 12, 2010

"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi kerana sesungguhnya orang yang berusaha melakukan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan" (Al-An'am:120)

***



"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat). Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarnya sambil main-main, hati mereka dalam keadaan lalai" (Al-anbiya': 1-3)

Rehlah @ Bukit Cerakah

Tarikh : 10 Februari 2010
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam



menaiki "daie"

..Solat Dhuha..



..Celebrating dalilah's twenty-third..
semoga terus kuat dan tsabat


hand-made sushi..
alhamdulillah, dapat satu ilmu baru..
credit to husna


It's winter!!








Cycling yang memenatkan..
muwasofat tarbiyah-qawiyyul jismi
bagaimana kita?

Recall tafsir surah Al-'Adiyat..

5 ayat pertama bercerita tentang kuda perang,
6 ayat seterusnya bercerita tentang keadaan manusia.
semasa dibentangkan oleh ukhti husna dalam usrah a year back, dikaitkan antara 2 situasi ni.
Kuda, dengan gayanya yang nampak hebat diantara haiwan lain; pada gayanya berlari kencang, pada pukulan kakinya yang memercikkan bunga api, menyerang hingga menerbangkan debu, semuanya nampak hebat. Tapi ia tetap makhluk yang taat dan turut berperang.
Manusia itu pula sombong, digambarkan sebagai makhluk yang ingkar, sedang dia mengakui dan tahu akan keingkarannya. (tapi still, buatt jugakk..)
juga, tentang cintanya pada dunia yang sangat dalam dan berlebih-lebihan.
Dan pada akhir ayat Allah memberitahu, bahawa Dia sangat teliti pada apa yang kita kerjakan.
Apabila ditempelak, dibandingkan dengan seekor kuda- statement bahawa manusia itu suka mengingkari Tuhannya, dan Allah itu Maha Tahu, bahawa manusia itu sedar dan tahu dia sedang ingkar semasa dia berbuat ingkar- dan diingatkan semula bahawa Allah itu Maha teliti pada setiap apa kita berbuat, cukup untuk buat saya cukup sesak.
***
Tadabbur Alam
Buka mata,

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada
Allah. dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya, tetapi kamu
tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun"
(Al-Isra' : 44)
Betapa, seluruh makhluk dimuka bumi ini tunduk menyembah Allah dengan penuh
taat. Dan sekiranya dibandingkan dengan kewujudan sekalian makhluk yang taat;
pada malaikat yang sangat banyak, pada pokok, haiwan dan makhluk yang lain..
kamu akan dapati bahawa sebenarnya makhluk yang ingkar itu adalah kaum minoriti.
walaupun sangat banyak wujud dikalangan manusia. Dan keingkaran manusia itu,
tidak langsung menjejaskan kekuasaan Allah biar sedikit pun!

pandanglah langit,
"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang
mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang ada padanya"
(Al-Anbiya': 32)
..Pada lapisan atmosfera, dan lapisan-lapisan lain yang melindung,Allah
pelihara kita daripada bahaya dentuman metor, radiasi, sinaran berbahaya..
Subhanallah..
Maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

tengok pada daun,

"...Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya..."
(Al-An'am:59)
sedang setiap daun gugur yang banyak-tak terkira dan kita pandang
sepi tu, pun Allah tahu setiap satu in minute detail, yang kecil,
besar, nampak jelas maupun tersembunyi, diseluruh pelusuk dunia, maka
setiap inci gerak geri kita pun apatah lagi. segala-galanya dibawah
pengetahuanNya.
Allah...

Langit, atap yang terpelihara..
..Alhamdulillah..


Daun-daun yang berguguran..
..Astaghfirullah..









"Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untuk-mu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya..." (An-Naml:60)

***

Pada pesan yang ditunjukkan langit,

pada pesan dibawa dari daun yang gugur,

pada pokok yang yang berlainan warna dan saiz, walaupun berada pada altitud yang sama, dikurniakan oksigen yang sama, taburan hujan yang sama,

pada indahnya alam yang Dia ciptakan,

pada ketenangan yang Dia campakkan melalui ciptaanNya,

juga pada ikatan ukhuwwah yang kita dapat rasakan,

serba-serbi mengagumkan...!

Subhanallah..

Thursday, January 21, 2010

Diversity!

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam.

Sebelum mula apa-apa, biar saya mengaku dulu, memang, tulisan kali ini terlalu naïf. Sangat banyak lagi yang perlu didalami.

Ikhwani fillah,

Andaikata banyak yang salah (expected..), mohon perbetulkan.

---

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (QS. Al Anfal (8): 46)

Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Hati-hatilah dengan prasangka, karena prasangka adalah sedusta-dustanya perkataan. Janganlah saling mendengarkan keburukan, saling mencari kesalahan, saling mendengki, saling tidak peduli, saling membenci, dan jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (HR. Bukhari, 19/8/5604)

---

Apa ultimate aim kita? Allah, kan?

Untuk mengajak orang lain kepada aim yang sama, tak bolehkah gunakan win-win situation?

Cara yang berbeza. pendirian yang berbeza. Background yang berbeza. Raikan.fahamilah.dan hormatilah.

Stop pointing on orang lain,

Setiap kita, optimumkan sebanyak mungkin our capacity and capability. Kearah ultimate aim tu.

Setiap kita, punya kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tutupkan kelemahan, tolong untuk perbaiki kelemahan, bantu, untuk kita sama-sama menjadi sehebat seperti orang yang berkata-kata itu.

Kelebihan kita,bukan ke itu kurniaan Dia juga. tak semua orang diberi kelebihan yang sama.

Bantulah, supaya binaan dari batu-bata ini kukuh. bantu membina, bukan menjatuhkan.

And, dalam ruang lingkup yang besar ni, takkan boleh expect untuk kita cover up everything. Sungguh, takkan termampu!

Kurangkan kata sepatutnya, dan expectations yang lain.

Husnudzon. and consider orang lain.

Come on,tugas kita besar, matlamat kita jauh & sangat panjang lagi..

True. Bercakap, tatkala diri belum diuji, memang sangat-sangat mudah. Cuma, bila melihat , membaca, mendengar, menerima, sesuatu yang hati tak boleh terima, sangat perit utk dibiarkan aje.

Bercakap dengan penuh emosi.

Hamburkan semuanya.

Masing-masing mahu menang.

Salahkan itu, ini.

I’m just sick of it!

Orang yang dah faham, rasa sakit, dan perit. Kerja terbantut. Walhal kita semua bersaudara. Tapi tak rasa.

Orang yang baru nak faham, rasa ragu-ragu..macam ni ke yang perlu ditempuh? Sedang mujahadatunnafs sahaja dah boleh buat orang berkira-kira utk teruskan.

Orang yang belum faham pun jadi takut, dan bertambah tak faham. complicated. Adoi..

(Allahumma, ashlihna syababal muslimeen)

---

Apa yang saya rasa.. memang macam tu ke prosesnya? Pahit. Tak, saya tak expect dia manis madu bergula. Tapi memang tak boleh diperbaiki ke? Dari dulu sampai sekarang, sama. seolah takkan boleh berubah.

Itulah. Sangkakan dah kukuh, walhal semuanya nampak masih terlalu jauh. Sangkakan prosesnya mudah, walhal amat payah.

Wallahu’alam.

Thursday, December 3, 2009

Tertipu,dan menipu?

+ " adakah kamu bangun malam? "

- "apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya."

+ (mendengus)
"benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)
" Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu."

Saturday, November 7, 2009

Kembali

Jika engkau belum mempunyai ilmu,
hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.”

~ Kembali Pada Tuhan,
Maulana Jalaluddin ar-Rumi