BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 3, 2008

3 HARI DI AWAL RAMADHAN

Alhamdulillah bi-iznillah kerana dapat berpuasa di hari ketiga ramadhan. Semalam, lebih kurang 2 jam selepas mendengar presentation selama hampir 5 jam flat dari rakan-rakan di bilik seminar berkenaan dengan unit kesihatan di kawasan pedalaman, saya pun keluar dengan seorang sahabat ke pekan Tg karang. Tujuan sebenar bagi mencari barang untuk menggantikan barang yang telah rosak. So terpaksalah kami redah dari satu kedai ke kedai yang lain. Cumanya, apabila tiba di satu kedai, muka saya berubah. Tak mampu untuk ditarik ceria seperti sebelumnya. Mendengar lagu yang berkumandang, mendidih telinga rasanya. Ingin sahaja dijerit masa itu supaya lagu tersebut dihentikan. “Baru 2 hari puasa!!!! takkan dah keluar lagu raya????” Sungguh menyedihkan. Takkan kalian tidak gembira dengan kehadiran ramadhan? Huh, umat zaman ini. Terlintas difikiran masa itu bait-bait lirik lagu RAMADHAN 2 ZAMAN dendangan Kumpulan The Zikr. Somehow its true...

Ramadhan Satu Nasib Tak Serupa
Peluangnya Sama Natijah Berbeza

Ramadhan Mereka Gemilang Cemerlang
Mukmin Berjasa Di Awal Zaman
Ramadhan Kami Malang Terbuang
Muslim Berdosa Di Akhir Zaman

Mereka Gembira Dengan Kedatanganmu
Kami Gembira Dengan Pemergianmu

Malam Mereka Meriah
Disimbah Nur Al-Quran
Tapi Malam Kami
Muram Berkabung Dengkur

Mereka Berlumba Mengejar Makrifat
Tapi Kami Lesu Diburu Nafsu

Hati Mereka Bercahaya Digilap Taqwa
Jiwa Kami Gelap Didera Dosa

Takbir Mereka Takbir Kemenangan
Hadiah Mujahadah Sebulan Ramadhan
Takbir Kami Lesu Tak Bermaya
Tanda Kalah Lemah Tak Berdaya
Puasa Sekadar Lapar Dan Dahaga

Umat zaman ini...bilakah mungkin kita kembali seperti mereka yang dahulu....
.:ANTI LAGU RAYA MODE:.

Renungan Ramadhan

#Copy and Paste dari Blog JIM johor..

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Allah swt berfirman, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah
puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba.

Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya
”
(Surah al-Qalam:34)

“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
.”
(Surah ali-Imran: 133)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-
Quran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa
. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi.
Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan
keluar
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka
.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu
”
(Surah al-Hujurat: 13)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan
bantuan sejak di dunia lagi.

Pasti untuk memperolehinya agak sukar.

Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.


AlFaqir Ilallah,
Omar Yaakob
Johor Bahru
Aug 18

Moga kami menjadi PilihanMu ya Rabb. sebagai hamba yang Kau limpahkan nikmat dalam beribadah dibulan Mulia ini.

Thursday, August 28, 2008

MOGA IMAN MENDAHULUI PENULISAN...

Bismillahirrahmanirrahim..

Saidah ambil masa yang lama untuk berfikir either nak create blog atau tak..mahu sangat untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain..but then,memandangkan setiap yang ditulis itu akan dipersoalkan kelak..plus with fikrah yang masih dalam pembentukan...sejauh manalah agaknya sumbangan blog ni nanti...

And hopefully, setiap kata2 dan apa yang disampaikan melalui blog ini, orang yang pertama sekali mengamalkannya ialah penulisnya sendiri...or peng”copy and paste”nya sendiri..dalam mencapai matlamat yang satu..M.A.R.D.H.A.T.I.L.L.A.H,insyaAllah.Ya Rabb,berikan kekuatan...

Beberapa masa yang lepas saya ada terbaca entry dari seorang ikhwah yang saya kagumi..fikrahnya. Berikut adalah hasil copy and paste nya..semoga bermanfaat..

Mengapa sesetengah orang kita sangat susah mendengar kata-kata yang baik darinya? Hati menolak bagai tidak mahu menerima kebaikan tersebut. Tetapi sebenarnya ianya adalah suatu fitrah manusia yang boleh digambarkan di dalam sebuah pepatah arab:

لسان الحال أقوى من لسان القول

"Lisan perbuatan adalah lebih kuat (kesannya) berbanding lisan kata-kata"

Maka tidak hairanlah Allah mengingati dengan ingatan yang tegas:

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Sangat besar kemurkaan di sisi Allah apabila kamu berkata sesuatu yang tidak kamu lakukan."

Sedikit.tapi memberi kesan yang mendalam.CUKUP dalam.