BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 2, 2011

Lebih daripada yang kita sangka..


2:01 - 2:40
"Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
 Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walau sekelip mata,
dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.
Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka kita tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah."

3:32
" Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalan keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata,
"Habislah aku kali ini..",
Tapi usia kita masih berjalan, dan kita masih lagi makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.
ketika kita susah, kita berkata, "Ya Allah, tolonglah aku, aku susah ya Allah.
Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu.
Dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur."

8:47
"Syukur, kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
...belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.

9:57
"Apabila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,
kita akan rasa Masya-Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita,
LEBIH DARIPADA HARAPAN KITA SEBENARNYA."

***

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya lulus dalam peperiksaan yang lepas.
jazakumullah khayr, buat semua yang memberi semangat & doa.

ayah, yang bangun malam untuk mendoakan,
ayah & ibu, yang berpuasa supaya doanya menjadi antara yang dimakbulkan,

Pernah satu masa, kat midvalley, 
seorang budak lelaki datang minta derma, 
kakak hulur duit hijau,  
budak lelaki hulur buku sebagai gantian,
kakak tolak, cakap;
"simpan buku tu, saya cuma minta, awak tolong doakan supaya adik saya lulus periksa.."
T.T
(hati saya menangis dengar kakak cakap macamtu masa tu, tapi muka maintain macho je sambil sedut air kotak yang dah habis masa tu..srooot,sroot.)

dan mereka-mereka yang lain..

seperti seorang akhawat, waktu sebelum solat, saat saya cakap, saya takut, sangat banyak yang tak tercover dan rasa macam nak putus asa, dia genggam tangan saya, dan cakap, "takpe makcik, Allah ade!" 
Dia mengimamkan solat, dan baca surah al-baqarah ayat 286.
T.T

seperti dia pula yang sorang lagi, masa kat atas bukit broga, yang ingatkan tentang konsep tawakal, sepertimana nabi Musa, saat dikejar oleh orang suruhan fira'un hingga ke garisan akhir, dan pengikut nabi Musa rasa macam dah takde harapan, dan nabi Musa masih lagi boleh jawab dengan tenang, "sesungguhnya Allah bersama kita". dan betul, semua orang tau cerita tu, Allah bagi mukjizat pada nabi musa, tongkat dia boleh membelah laut, and miracle happens.

moment tu terakam kat dalam surah ni,
“Lalu Firaun dan bala tenteranya dapat menyusul mereka pada waktu matahari terbit.
 Maka ketika kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, “ kita benar-benar akan tersusul”. 
Dia Musa menjawab, “sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberikan petunjuk kepadaku.
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar” 
(As-Syu’ara’ :60-63)


dan dia yang lain, yang link-kan video untuk ingatkan saya tentang kekuatan doa, pada masa2 kritikal dan rasa sangat lemah untuk teruskan.




dan mereka-mereka yang lain, yang menyentuh hati saya dengan bait-bait doa dan kebaikan mereka.
buat semua para pensyarah, sahabat sefakulti, ikhwah-akhwat, pakcik makcik,yang ikhlas mendoakan.
semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik kebaikan,amin.

**
Dikurniakan kelulusan dalam peperiksaan, kurniaan & ujian dari Allah buat saya. tapi,
dikurniakan orang2 yang baik disekeliling saya, adalah satu hadiah dan kekuatan besar dari Allah buat saya.

alhamdulillah, thummalhamdulillah.



Friday, December 31, 2010

Kekuatan yang mampu mengubah

CINTA TARBIYYAH adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA TARBIYYAH!!!
 
-jalaluddin ar-rumi-

Monday, December 20, 2010

something to ponder

“Ya Allah, 
ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, 
setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu
dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”


***
itu doa rasulullah s.a.w buat ikramah, dengan penuh sincere.
Ikramah anak Abu Jahal, dan dia orang yang kuat permusuhannya dengan rasulullah. 
Rasulullah, sepanjang baginda menyebarkan dakwah, dia being tortured physically, mentally, emotionally.
dan ikramah pun antara salah seorang yang menyumbang pada penyekatan dakwah nabi.


semasa pembukaan kota Makkah, berlaku beberapa peristiwa dan ikramah masuk Islam,
dia mohon pada Nabi,
"sesungguhnya saya memohon kepada tuan agar meminta keampunan bagi saya diatas segala permusuhan yang saya lakukan,
semua perjalanan yang saya tempuhi,
seluruh pertembungan dengan tuan yang saya terlibat 
dan setiap kenyataan saya mengenai tuan baik dihadapan ataupun dibelakang tuan"


dan Rasulullah pun membacakan doa yang diatas tu.
mendoakan dengan sungguh-sungguh tulus sincere supaya orang yang pernah bersungguh-sungguh menganiaya diri diampunkan, sangatlah jarang dibuat orang!

***

kadang-kadang, bila kita berdepan dengan manusia yang bermacam karenah, senang aje hati kita terbakar & menyimpan 1001 rasa dendam.


walhal Nabi, after years of being tortured segala, dengan mudahnya memohon pada Allah supaya diampunkan dosa orang yang menganiaya baginda. 


macam tu juga pada hindun, pemakan hati Hamzah, pun baginda ampunkan. 
.. dialah orang yang memperlakukan pakcik Nabi sedemikian rupa dan hakikatnya nabi bersedih yang teramat sangat semasa melihat keadaan Hamzah, dan dia diampunkan.
..dialah orangnya, yang mengupah orang untuk membunuh pakcik nabi yang jadi perisai nabi tatkala segenap ramainya orang memusuhi nabi dari setiap penjuru sedangkan orang yang menyokong perjuangan nabi pada masa tu masih terlalu sedikit.. dan dia.. hindun, diampunkan!


walhal kita, selalunya yang perkara-perkara yang membakar hati kita selalunya sekitar hal yang jauh lebih remeh.
...kena cuit (perasaan) sikit, marah & dendam.
.. salah cakap sikit, marah & dendam.
...salah perangai sikit, marah & dendam.
...miscommunication, pun sama juga.
.....
........
...........
haish! bilaanya nak abis?


..dan sesetengahnya akan berkata, "Ala, itukan Nabi, kita ni siapa, manusia biase je.."


jadi?? 
Nabi itu diutuskan supaya kita hanya diceritakan tentang keindahan akhlaknya, dan ia langsung tak membekas dalam diri kita apa-apa?


Nabi, yang diiktiraf sebagai contoh tauladan yang baik tu, hanyalah supaya kita membina sebesar-besar tembok pemisah, dan berkata dengan penuh yakin; aku takkan boleh jadi sebaik nabi..?


=.='
***
"Rabbi,jauhkan aku dari sifat orang yang suka merasa benar dengan cara menyalahkan orang lain. Rabbi,jauhkan aku dari sifat orang yang suka merasa jadi mulia dengan cara menghinakan sesamanya"





Saturday, December 18, 2010

Make Me Strong





I know I’m waiting, Waiting for something, Something to happen to me. But this waiting comes with, Trials and challenges, Nothing in life is free. I wish that somehow, You’d tell me out aloud.. That on that day I’ll be ok. But we’ll never know cause, That’s not the way it works, Help me find my way. My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong. Sometimes it just gets too much, I feel that I’ve lost touch, I know the road is long, Make me strong. I know I’m waiting, Yearning for something, Something known only to me. This waiting comes with, Trials and challenges, Life is one mystery, I wish that somehow, You’d tell me out aloud, That on that day you’ll forgive me . But we’ll never know cause, That’s not the way it works, I beg for your mercy.

*Big thanks, azaty! (jazakillah khayr)

Tuesday, October 19, 2010

Pendakian

 "There's always gonna be another mountain, I'm always gonna wanna make it move. Always gonna be a uphill battle, Sometimes I'm gonna have to lose. 
Ain't about how fast I get there, Ain't about what's waiting on the other side, It's the climb."