BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Pena telah diangkat, dan lembaran pun telah kering.

Dari Abi Abdullah Bin Abbas r.a, katanya:
Pada suatu hari aku berada dibelakang Nabi s.a.w, lalu Baginda bersabda;

"Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkara. Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya dihadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka pintalah pada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Seandainya seluruh umat manusia ini berkumpul untuk memberi manfaat engkau, pastilah mereka tidak akan mampu kecuali ianya telah ditulis oleh Allah keatas kamu. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk memberi ancaman/bahaya kepada engkau, pastilah mereka tidakkan mampu kecuali ianya telah tertulis oleh Allah keatas engkau. Pena telah diangkat, dan lembaran telah kering."

(H.R Tarmidzi dan katanya hadith ini hasan sohih)

-Hadith ke-19 dari kitab Hadith 40

Friday, August 21, 2009

Gaza.dan Zirwatu Sanam Deen ini.

Copy & paste. dari blog ukhti Sniperrabb. (Jazakillah atas perkongsian yang bermanfaat)


Jika Palestin adalah sebab utama untuk Umat Islam bangkit dan bersatu, maka ketahuilah bahawa alarm itu sudah lama berbunyi.

Jika Palestin itu indikator untuk Umat Islam bangun menyusun dan memperkemas saff ketahuilah ia sudah lama menyala. Berkelip-kelip menanti Umat Islam membuka mata dari lena.

Palestin dicipta supaya Umat Islam tidak lupa satu cabang dari sekian banyak kewajiban yang termaktub dalam Islam, iaitu zirwatu sanam deen itu. Kewajiban JIHAD. Bukankah siapa yang mengusai Palestin, maka dia yang menguasai dunia?
..
Now it brings us to the point that, what is it actually means by ‘menguasai dunia’? (wek… ku spiking ke td?). Adakah semata-mata dimaksudkan sebagai menguasai politik? Perlaksanaan undang-undang Islam? (dah masuk isu negara Islam, ku rasa boleh bincang lain masa k0t)

Ok, sambung balik.

Banyak interpretasi krisis Palestin yang kutemui. Bermacam ragam. Suara mereka berdengung-dengung di udara. Ada yang mahu mencari jalan jauh. Pusing keliling macam jalan Kangkar Pulai – Gunung Pulai yang ada sekarang. Jauh, padahal ia dekat. Terang dihadapan mata.

Ada yang mahu jalan terus tembus, seolah-olah kembali ke zaman tanpa kereta, tanpa jalan raya. Berkuda mungkin. Meredah segala yang ada. Gerai cendol ditepi jalan, kilang proses ayam, ladang sawit jutawan cina, kebun pisang, kolam air PUB, ladang nenas, kem tentera di kaki gunung sebelum sampai ke Gunung Pulai. Langgar, langgar, langgar.
Ada yang kumpul duit nak buat jalan baru, setelah aduan ke JKR tidak diendahkan. Jalan baru yang dirangka mungkin akan pergi straight ke Gunung Pulai. Mungkin juga tidak. Sebab belum bermula.
Ada yang aneh gagal membezakan timur dan barat kemudian amek jalan ke JB.

Aku sendiri? Sedang merangka-rangka. Mencongak-congak. Teori dan Praktikalnya. Harap-harap aku tak keciciran.
Apapun, aku pelik kenapa dengung hanya dengung saja. Drum sepi x berbunyi. Padahal kita dalam saff sedang marching.

Perlu ada ice breaker lagi kot. Macam 911. Ha ha.. (ketawa volunteer)

Nah, dengar lagu ni. Dawud Wharnsby Ali.

Why Are The Drum So Silent
All the sounds that surround us,
All the noises that dumbfound us,
The clatter and the clammer of the clutter in our lives.
Cars and streets make silence shatter,
Idle minds fill up with idle chatter,
If we fill our void,
that’s all that matters.

Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

We digitise the revelation,
Does our rehearsed recitation,
Go any deeper than our throats?
Our calls to prayer seem to rise up to the sky,
Conferences and lectures,
seminars for you and I,
The words that blow away with a nasheed that make us cry.

Yet……. Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm?
What’s wrong with you and I?
Why are the drums so silent?
Why can’t we hear the rhythm,
From the heels of believers,
Marching to the garden as they strive?

And if we could just be brave enough,
To be each other mere,
We may finally recognise,
The face of conscience that we fear.
And if we can take the time,
To mute the noise we’ve built around ourselves,
The rhythm of the heartbeat,
And the purpose may be clear.

If we beat the drum,
(Whisper of peace),
Beat the drum,
(Moving through the land)
Beat the drum.

If we beat the drum of hope and faith,
We will all fall into rhythm.
I have faith in you and I.
If we beat the drum of hope and faith,
Then we will feel the rhythm,
From our footsteps and our striving,
Marching to the garden as we try.
Marching to the garden as we die.

***
Dititipkan disini beberapa keratan ayat dari surat Dr Khalil Ismail al-Yahya mewakili HAMAS di Palestin, diterjemahkan oleh Ustaz Maszlee Malik (aktivis Palestin di Malaysia) atas permintaan Dr. Khalil.
"Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin
supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.
Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, harta, nyawa, anak0anak kami
supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh
Allah mewakili umat Islam seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada
Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan masjid suci ketiga. Kami juga dipilih
oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan
berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan
peperangan, selama itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan
diperangi.

Mengapa?

Hanya kerana kami mengucapkan kalimah La Ilaha Ilallah
dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."
"Buat Umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak menyedarkan, maka siapa lagi yang akan menyedarinya?"
"Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudar seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi rejim Zionis.
Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Diamanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya punya dua pilihan; tunduk kepada tekanan AS & EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat, atau terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan.

Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus-terusan berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama 6 bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?

Perut mereka kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"

"Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap antara kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid, manakala saudara sekalian terus membisu dan menyaksikan sahaja, nantikan Hari Pemabalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Kami berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupai kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan syahid. Berdoalah jua agar kita dapat bersama-sama solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar, dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di muka bumi ini. Allahu Akbar!

-Khalil Ismail al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,

14 Mei 2006



\/ Free Palestine .. [ Free Gazza ] .. \/


***
Sabda Nabi s.a.w;
"Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya” (Maksud hadith)

Allahummaj'alna min aqnaafi baitul maqdis
Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan yang aqnaaf

***

21 Ogos ..Rememberance of Al-Quds day..
We remember u everyday in our prayers, Palestinian!

Wednesday, July 29, 2009

Menolong dengan cegah.

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah, ia berkata: Dua orang pemuda, yang satu dari golongan Muhajirin dan yang lain dari kaum Ansar, saling berbaku-hantam. Seorang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin! Dan seorang dari Ansar juga berteriak: Wahai orang-orang Ansar! Kemudian keluarlah Rasulullah s.a.w dan berkata: Ada apa ini? Kenapa harus berteriak dengan seruan jahiliah? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah! Kecuali ada dua pemuda yang berkelahi sehingga seorang dari keduanya memukul tengkuk yang lain. Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau demikian, tidak apa-apa! Tapi hendaklah seseorang itu menolong saudaranya yang lain baik yang zalim maupun yang dizalimi. Kalau ia berbuat kezaliman hendaklah dicegah karena begitulah cara memberikan pertolongan kepadanya dan apabila dizalimi maka hendaklah ia membelanya. (HR Bukhari-Muslim)
****
niat itu..kalaulah mudah untuk diserap kehati-hati manusia...
****
"Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan keatas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan keatas kami apa yang tidak sanggup untuk kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka, bantulah kami terhadap orang2 yang kafir." ( 2: 286)

Sunday, June 28, 2009

Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit

"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi" (Al-Mu'minun 23:62)

" Tak selesalah solat kat sini...bersih ke wad ni??? ni telekung pun xbawak.surau kat tingkat bawah plak tu..tak sihat camnih,susahlaaaa nak gerak2..nanti jerlah saya qadha' bila dah sihat.."


"Dengan saluran tiub (catheter bladder drainage (CBD)) ni..macamana nak solat? sah ke solat makcik nanti? makcik tak yakinlah nak solat macam ni.."


"kaki pakcik ni dah kena simen,nak..macamanalaaa pakcik nak solat..kan darurat nih kiranya..pakcik qadha jelah nanti..."

Antara jawapan2 yang diberikan kebanyakan pesakit,bila ditanya tentang solat.Nampak seolah2 diambil remeh,kan? itu baru sedikit. banyak lagi kondisi2 lain yang patut kita lihat sebelum mengajak pesakit2 untuk solat. Bila sakit, banyak perkara yang boleh menjadi kekangan untuk mereka tunaikan kewajipan ni. kat situlah nanti datangnya istilah 'darurat'..n kita kena fahami keadaan ni, sebelum dengan ringannya mulut menasihati mereka-SOLAT ITU WAJIB


Macamana kalau seorang yang terkena stroke dan slurred speech-nya tuh mengganggu sebutan bacaan fatihahnya?

Macamana pula pesakit yang mahu solat bila ada stoma bag yang diattach di perut pesakit?

Air ketuban pecah, dan dah masuk bilik bersalin dah..dan sakit perut akibat contraction bertambah-tambah....masih perlu solat ke?

Dan sebenarnya, sangat ramai dikalangan pesakit yang tak tahu untuk solat dengan rukhsah (keringanan) yang dibenarkan semasa mereka sakit, lemah, tak larat untuk bangun,etc.. atas faktor kurang ilmu, ataupun kurang yakin untuk laksanakan,sebab tak ramai yang berbuat demikian, ataupun atas sebab2 lain..hurmm..

Kalau ikutkan experience sendiri, kebanyakan pesakit bila ditanya tentang solat dan diajar tentang rukhsah solat,solusi yang diberi kemudiannya senang-di hospital, xperlu solat. Kumpul je bilangan solat yang dah ditinggalkan, and qadha' semua bila sudah sihat semula.

huh..laratkah?

Dan seterusnya mereka akan bercerita yang mereka adalah ahli masjid, selalu qiam, selalu solat2 sunat...untuk meyakinkan kita yang mereka mampu qadha' solat yang ditinggalkan sepanjang di hospital..

tapi..wujudkah sebenarnya qadha solat utk situasi macam tu?

------------------------------
Dari sudut yang lain, ada juga patient yang amat-sangat-ingin untuk solat, tapi tak tahu macamana untuk solat, ataupun tak yakin untuk solat..sebab tak tahu wujudnya rukhsah (keringanan) untuk situasi mereka.

Pernah sekali berjumpa seorang nenek ni, urine bagnya sangat merah, (membayangkan berlaku pendarahan di saluran kencing...huh mesti sangat sakit)..tapi semasa clerking, yang merisaukan dia bukannya tahap mana keseriusan sakitnya, tapi macamana untuk dia solat di hospital, dengan kekangan2 yang ada (telekung yang terlupa bawak,baju yang pendek--> xtutup aurat,plus CBD). Yang dapat ditolong waktu tu cumalah pinjamkan tudung labuh milik seorang kawan, n minta makcik tuh solat diatas katil tuh juga,menghadap ke kiblat...cuma sebelum tuh dah diminta supaya CBD nya diclearkan,dan makcik tu sendiri boleh bergerak mengambil wudhu' nya sendiri. (dia sangat bersemangat utk solat,kan?)
Dia penuh dgn senyuman.


Dan hari tu adalah hari yang paling bahagia.

Cerita dari seorang sahabat pula, time dia ajarkan seorang pakcik nih tentang rukhsah solat pesakit, pakcik tuh berterima kaaaaaaasihh banyak2.. "sepanjang pakcik kat hospital ni,anak sorang jelah yang bagitahu pakcik macamana nak solat kat sini..sebelum ni takde sape pun ajar pakcik solat..pakcik tak solat pun selama nih kat sini.."

see? Betapa beratnya tanggungan kita..

--------------------------
Tegas Nabi saw;
" Barangsiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka" (Hadith Riwayat al-Baihaqi)

untuk menjadi umat yang peduli, maka mestilah bermula dengan ilmu..dan seterusnya diamalkan..

Alhamdulillah, bengkel latihan solat ketika sakit telah berjaya dilaksanakan...dan insyaAllah, bengkel kedua dijangka akan diadakan di pertengahan bulan julai.Semoga Allah permudahkan.




# HOPI- history of presenting illness ( salah satu komponen yang ditanya kepada pesakit semasa clerking case)

Sunday, June 7, 2009

"It's not like a cheesecake,but it's like rice..."

template yang dibuat akh dhany tentang usrah.



Video kat bawah ni,
Made by sisters kat russia..
berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan video Bulan Amali Muslim 2009, volgograd state medical university,russia.


jazakillah fareha,for the recommendation...




.Tentang usrah.
Nice2!!