BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 14, 2010

"Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman ...


+ ukhti, nak bagitahu ni. Baru keluar senarai posting.

-Tahu. Dah nampak reaksi diorang bila dapat tahu tadi.

+ukhti…(broke down in tears) saya takut. Banyak perkara yang buatkan saya takut. macamana nak bahagikan masa, study group, usrah sendiri, usrah dibawah saya, komitmen program, expectation doctors yang tinggi melangit, berusaha dalam study untuk elakkan fitnah dalam dakwah, banyak lagi yang tak baca, dan saaangat banyak yang dah lupa. Untuk tempuh 5th year bukannya mudah. Sangat banyak cabarannya.

..Dia,tenang je.

-ukhti, orang yang beriman pada Allah, tak pernah takut, kecuali pada Dia. Allah berfirman dalam surah Al-ankabut ayat 69.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari) keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Kita belajar, bukan atas sebab lain, tapi sebab nak cari redha Allah. Buangkan semua rasa takut, sebab dia akan jadi barrier untuk kita bergerak. Berbuat je dengan sungguh-sungguh, dan tawakal. Yakinlah, Allah akan tunjukkan jalan. Dia dah janji Dia benar-benar akan tunjukkan jalan. insyaAllah, Dia akan permudahkan jalan.

-ukhti, bertawakal kepada Allah tu bila kita yakin segala sesuatunya berada dalam kuasa Allah tapi dalam masa yang sama tetap berbuat dengan sehabis baik. konsep tawakkal tu bukan bila dah sampai penghujung je. Dia start dari permulaan proses tu lagi.

Dah habis, dia diam.

Saya peluk dia erat. Dan dia bisik lagi,

-Bersungguhlah berpenat lelah! Semoga kerehatan kita yang panjang di syurga nanti insyaAllah.

Allah..

***

Tatkala diri rasa melemah, keyakinan merudum, buntu, Allah hadirkan kamu untuk berikan ketenteraman dan naikkan semangat. (Alhamdulillah)

Ukhti, semoga Allah membalas kamu dengan sebanyak-banyak kebaikan.

Saya, sayang semua akhawat. Ye! Semmmua.

"Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Fathu: 4).

Wednesday, May 12, 2010

Saudaraku, penolongku.

Dalam perjalanan yang sangat panjang ini,
untuk sampai ke garisan penamat dengan selamat,
saat Dia meredhai kita, dan kita pun meredhai apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita..


“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku; sungguh, aku takut mereka mendustakanku.” Dan Allah berfirman, “ Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang” (Al-Qasas: 34-35)

Agar saudaraku menjadi penolongku. Amin ya Rabb.


Dear soulmate,
kuatkanlah kesabaran untuk tambah kefahaman dan bina pendirian.
Mudah-mudahan awak kita menjadi antara logam yang disebut-sebut.
doa banyak-banyak.
Saya tunggu awak..!

*Happy Nurses day!!*

***
and above all,
..Dia (Allah) adalah pelindungmu, Maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.
(Al-Hajj: 78)


Tuesday, May 11, 2010

Viva Palestina



terima kasih, pakcik-pakcik shoutul harokah.
saya dapat apa yang saya perlukan.
..daripada makna dari bait lirik lagu,
 ..daripada gaya dan gerakan tangan,
 ..daripada ucapan selingan antara lagu,
..daripada kesungguhan menyampaikan lagu. 
.....

satu konsert, yang sungguh-sungguh menghilangkan rasa penat.

.....



Malam itu,
saya melangkah keluar dari Stadium Melawati,
...dan terasa seperti baru balik dari halaqah.

Sunday, March 21, 2010

Konsert Lifeline For Gaza

Saturday, March 20, 2010

Aku[statik]

Aku kira,
Sudah lama kita berada di fasa ini,
Sudah terlalu sedikit yang kita ambil dari jalan ini.
Sepanjang laluannya,
Adakalanya iman kita naik bersungguh, adakalanya ianya teruk menjatuh.
Adakalanya kita berseronok, bersemangat,
Dan adakalanya kita menjemu, bermalasan.

Andai Islam itu bersifat inqilaabiyah,
Andai Islam itu bersifat merubah,
Sejauh mana ia merubah kita?
Pada akhlak? Susuk laku? Tutur kata? Pakaian? Berorganisasi? Semangat dakwah? Rindukan tarbiyah? Tingkatan amal Ibadah?

Akhawat itu,
Apa sebenar takrifannya?
Menjadi akhawat itu,
Apakah cukup hanya dengan kita dipersatukan, menjadi saudara atas nama ikatan akidah iman (ukhwah)?
Oh, Akhawatifillah,
Sampaikan padaku apa yang kamu faham tentang seorang akhawat.

Manusia cetakan yang aku lihat,
Adalah yang menjaga perilakunya,
Bahasanya terjaga,
Kata-katanya terjaga,
Pakaiannya terjaga.

Cakapnya bukan menjerit-terlolong,
Menjaga tawanya dari lalai,
Nasihatnya benar, dan cara penyampaiannya juga benar,
Berbuat sehabis baik dalam urusannya,
Mengasihi dan mencari peluang untuk memudahkan saudaranya,
Bersungguh memanfaatkan diri dalam menjayakan dakwah,
Bertekad diri untuk menghadiri program tarbiyyah,
dan sentiasa berusaha untuk islah.

Aku belek satu persatu,
Tentang 10 ciri yang ingin dicapai,
Matinul khuluq, Sahihul Ibadah, Saliimul Aqidah,
Nafiun Lighairihi, Harisun ’ala waqtihi, Munadzomun fi syu'unih,
Mutsaqafatul fikr, Mujahadah linafsih, qawiyul jism,
Qaadirun ala Kasbi
Sudah hampirkah kita kesana?
Atau masih banyak lagi lopong-lopongnya?

Katakan,
Andai ini belum sampai lagi masanya, maka bila lagi?
atau
Katakan,
Bahawa aku,kita atau kamu sendiri sedang berusaha keras untuk kearahnya, dan aku hanyalah manusia yang kurang sabarnya dan punya dzon (persangkaan-persangkaan)ku sendiri.

Aku ajari kamu apa yang aku faham tentang tafahum.
Hassan al-banna mengatakan,
Tafahum itu,
Apabila kamu berusaha mencari dan berpegang pada kebenaran,
Maka kamu sentiasa perhalusi diri kamu samada kamu benar taat padaNya ataupun terlibat dalam kederhakaan.
Dan kamu bersefahaman dengan saudara kamu utk mencari kebenaran,
Tatkala kamu ingin melihat dia bersama-sama mencari dan sentiasa dalam kebenaran,
Kamu tidakkan mahu dia untuk jauh dari Pencipta walau wujud jarak sehelai rambut sedikit pun,
Sebagaimana kamu tidak mahu diri kamu menjadi sedemikian.
Maka nasihatilah dia bila dia berbuat salah,
Tanpa kamu merasa tinggi diri dan membuat dirinya rasa merendah,
dan dia patut menerima nasihat tersebut dengan sukacita, gembira dan berterima kasih,
Kerana dia tahu kamu akhawat,
Yang mahu menjadikannya dipandangan Allah seorang hamba yang lebih hebat.