



Slot dimulakan dengan Akh Raswan meminta setiap peserta untuk menyatakan matlamat kehidupan masing-masing serta tujuan mereka hidup di dunia. Setelah memilih dan membacakan beberapa jawapan daripada beberapa peserta, Akh Rasuan menerangkan tentang tujuan dijadikan seorang muslim dan matlamat kita seharusnya sebagai seorang muslim,Berdasarkan firman Allah melalui Surah Al-Baqarah: 30;
”Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat,”Aku hendak menjadikan Khalifah dimuka bumi.” Mereka berkata, ”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di muka bumi,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
Allah ingin menjadikan manusia di muka bumi sebagai Khalifah, yang tidak bertujuan selain daripada hanya menyembahnya. Sebagaimana Dia berfirman dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56;
Akh Rasuan juga mengingatkan tentang kekhalifahan dimana setiap manusia itu adalah pemimpin (khalifah) dan akan dipersoalkan tentang kekhalifahan mereka, sebagaimana yang telah disabdakan oleh nabi dalam hadith. Beliau juga mengajak peserta untuk mengimbau semula semasa zaman Nabi dan para sahabat, dimana mereka meletakkan akhirat sebagai matlamat tertinggi mereka. Apabila akhirat diletakkan sebagai matlamat tertinggi, secara tidak langsung seseorang itu akan memberikan komitmen yang terbaik dalam urusan dunianya.
”Dan sesungguhnya kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Al-An’am:32)
Ustazah Maznah menerangkan bahawa Hukum Feqah diwujudkan untuk membawa kesejahteraan ke seluruh alam, tidak menyusahkan dan fleksible.
Dalam pergaulan antara ajnabi, hukum asalnya ialah tidak boleh bergaul bebas, tetapi harus bergaul apabila wujud darurat ataupun hajat. Bergaul dan bermesra sekadarnya, dan dalam bergurau tidak boleh wujud pembohongan dan janganlah sehingga lawak itu menjadi identiti diri. Dan sebaik-baiknya dalam bergaul, tinggalkan segala yang tidak berkaitan dengan diri
Sebagai pelajar perubatan dan bakal doktor yang tidak terlepas dari bergaul ajnabi, amatlah perlu dipertimbangkan supaya pergaulan itu disebabkan oleh hajat atau darurat dan perlulah difleksiblekan mengikut keadaan semasa sesuai dengan tujuan Hukum Feqah itu sendiri; membawa kesejahteraan keseluruh alam.
Secara keseluruhannya, selama 2 jam forum bersama 2 orang doktor ini, mereka menceritakan tentang pengalaman dan cabaran yang mereka hadapi semasa mereka sebagai pelajar perubatan, Doktor pelatih dan pegawai perubatan. Juga untuk memastikan kelangsungan pentarbiyyahan diri itu berlaku.
Menurut mereka, semuanya mestilah bermula dari hati, yang mana ianya mestilah terikat,kuat dan istiqamah untuk terus berada pada jalan dakwah dan menerima pentarbiyyahan. Klimaks cabaran untuk meneruskan usrah akan dijumpai semasa bertugas sebagai Doktor Pelatih, disebabkan oleh kekangan masa yang amat sangat. Namun, mereka mengingatkan bahawa sekiranya pentarbiyyahan diri terhenti sekali, amat payah untuk dimulakan semula nanti. Dan kekuatan doa itu amatlah perlu dalam memastikan setiap yang dirancangkan dipermudahkan Allah s.w.t.
Slot ini telah dijalankan secara interaktif, dimana setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk menegangkan

Siaran Tergendala
beberapa gambar sepanjang program..